Sesak! Itulah yang admin gambarkan situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas sejumlah besar penumpang dari Sabah yang tiba di lapangan terbang tersebut terpaksa menunggu lebih 3 jam untuk jalani saringan COVID 19.
Menurut Astro AWANI, kebanyakan penumpang ini pulang untuk mengundi pada PRN Sabah dua hari lepas dan kini mereka diwajibkan untuk jalani saringan tersebut selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan itu pada Sabtu lepas.
“Kami hanya diarahkan berdiri… tidak ada pegawai maklumkan apa-apa”
Menurut seorang individu yang tak mahu didedahkan identitinya, dia bersama individu lain yang tiba di KLIA dari Sandakan tengah hari tadi terpaksa menunggu lebih satu jam di pintu ketibaan tanpa sebarang pemakluman atau taklimat tentang proses saringan.
“Kami hanya diarahkan berdiri dan beratur di pintu ketibaan. Tidak ada seorang pun pegawai yang maklumkan kepada kami berkenaan apa yang perlu kami lakukan. Kami tunggu sahaja.
“Selepas lebih satu jam, baru kami dibenarkan bergerak ke lokasi seterusnya untuk menjalani saringan suhu, mengisi borang dan melakukan ujian swab.
“Kawan saya dari Kota Kinabalu pada tadi pun mengalami situasi sama, hampir empat jam baru selesai semuanya,” katanya.
“Tunggu dan beratur di satu tempat yang lama, itu juga mendedahkan kami kepada jangkitan”
Tambahnya lagi, sekitar jam 2.50 petang semalam, dia masih lagi beratur menunggu saringan COVID 19 dilakukan.
“Apabila kami satu penerbangan yang mungkin lebih 100 orang ini, tunggu dan beratur di satu tempat yang lama, itu juga mendedahkan kami kepada jangkitan.
“Mereka yang bebas jangkitan, mungkin boleh berjangkit kalau ada pembawa virus dalam penerbangan yang sama,” ujarnya.
Ahli politik antara yang menunggu di KLIA
Menerusi tweet ADUN Ketari, Young Syefura Othman, beliau antara individu yang terkandas hampir 8 jam di KLIA 2 semalam.
Menurut Young Syefura, pada jam 3.45 pagi, beliau akhirnya selamat keluar daripada lapangan terbang tersebut selepas selesai membuat ujian saringan COVID 19 di sana.
Baru tiba di KLIA daripada KK jam 8mlm tadi. Hari ini bermula saringan dan kuarantin wajib COVID-19 bagi individu yang pulang daripada Sabah. Proses saringan di airport dijangka akan mengambil masa 3-4 jam, jadi rancang perjalanan pulang anda. pic.twitter.com/ZFOu6CjIoa
— Rara ? (@youngsyefura) September 27, 2020
Lagi 10 minit cukup 5jam kat sini. Dan masih menunggu. ?✌? https://t.co/5jlLYPS8b8
— Rara ? (@youngsyefura) September 27, 2020
3.45am selamat keluar dari KLIA2. Terima kasih kepada semua frontliner yang bertugas. Saya sangat menghargai anda semua. ❤️
Hampir 8jam. Pengalaman yang perlu disimpan baik-baik. ?✌? https://t.co/9DROI2RIQ4 pic.twitter.com/J6VKIi3hgM
— Rara ? (@youngsyefura) September 27, 2020
Apa-apapun admin harap mereka yang pulang daripada Sabah tu ikutlah arahan KKM dan ikut kuarantin 14 hari tu kalau dijangkiti COVID 19. Bahaya betul bila jadi macam ni.
Baca: Individu Pulang Dari Sabah Tak Perlu Kuarantin 14 Hari Jika Negatif Covid-19 – DS Ismail Sabri