Semenjak tahun 1930-an lagi, sebuah butik pengantin di Chihuahua, Mexico menjadi buah mulut penduduk setempat.
Bagaimanapun, busana raja sehari yang dipamerkan di premis ini bukan lah penyebab utama kenapa kedai ini menjadi topik perdebatan tetapi kerana satu mannequin yang dipamerkan.
Diberi nama Las Pasqualita, mannequin bergaun pengantin putih itu menjadi lagenda urban tempatan selepas ramai yang mempercayai bahawa patung itu sebenarnya adalah mayat anak perempuan pemilik asal butik itu yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya.
Siapa sebenarnya Las Pascualita?
Jika nak dibandingkan dengan mannequin di kedai lain yang kebanyakan tak ada muka, Las Pascualita memang nampak lebih ‘hidup’.
Mannequin ini bukan sahaja mempunyai wajah yang detail, tetapi patung ini juga mempunyai tangan yang dikatakan terlalu realistik. Malah, ada juga yang berkata ada sesuatu seakan-akan urat di kaki patung ini.
Ketika Las Pascualita pertama kali dipamerkan, penduduk setempat perasan yang wajah mannequin itu sangat mirip dengan wajah anak pemilik asal butik pengantin itu yang bernama Pascuala Esparza.
Menurut kisah tempatan, ketika Pascuala sedang bersiap di hari perkahwinannya, bakal pergantin malang itu telah meninggal dunia selepas digigit seekor labah-labah Black Widow.
Patung atau mayat yang diawet?
Disebabkan mannequin Las Pascualita muncul di butik pengantin itu tidak lama selepas kematian Pascuala, masyarakat setempat mula membuat spekulasi bahawa mannequin itu bukanlah patung biasa tetapi merupakan mayat Pascuala Esparza yang telah diawet.
Saban tahun, pasti ada pelanggan premis itu yang mendakwa mata mannequin Las Pascualita akan mengekori mereka ketika berada di dalam kedai.
Ada juga yang mendakwa mannequin ini akan muncul di tempat lain apabila ada pelanggan yang menoleh untuk melihatnya.
Tidak cukup dengan itu, kewujudan Las Pascualita di dalam kedai itu juga dikhabarkan mengakibatkan beberapa pekerja kedai rasa kurang senang.
“Setiap kali saya berada dekat dengan Las Pascualita, tangan saya akan berpeluh. Tangan patung itu juga sangat realistik. Malah, dia juga ada urat di kaki. Saya percaya Las Pascualita adalah manusia sebenar,” kata salah seorang pekerja butik.
Sementara itu, pemilik terkini butik pengantin itu hanya mengenyitkan matanya apabila ada yang menyoal mengenai kebenaran lagenda Las Pascualita.
“Betul atau tidak lagenda itu? Saya sendiri tak boleh beri jawapan,” katanya.
“Agak mustahil untuk awet mayat sempurna macam tu.”
Meskipun kebanyakan penduduk di Chihuahua percaya bahawa Las Pascualita itu adalah mayat yang diawet, beberapa warganet menerangkan bahawa perkara itu agak mustahil.
“Mustahil untuk mengawet mayat sesempurna Las Pascualita. Ia satu perkara yang sangat sukar tapi ramai yang mengangap proses mengawet mayat ini mudah,” kata Museum of Hoaxes.
Ada juga yang menambah bahawa seorang taxidermist mungkin boleh melakukan proses pengawetan mayat dengan baik sekiranya ia tidak melebihi tempoh masa beberapa minggu. Jika tidak, hasilnya pasti tidak akan secantik mannequin Las Pascualita.
Sumber: Oddity Central, All That’s Interesting
Baca: ‘Mayat’ Menjerit Kesakitan Ketika Kakinya Dibelah Untuk Diawet