in

“Kutipan terendah?” – Ini 9 Filem ‘Box Office Flop’ Paling Rugi Sepanjang Zaman

Cats1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang banyak filem yang pastinya membuatkan korang tertarik untuk menontonnya. Bukan tu je, ada movie yang best giler sampai pecah panggung seperti Fast X dan Oppenheimer.

Tapi, ada juga filem yang tak pecah panggung, malah mengalami banyak kerugian daripada hasil kutipan filem itu. Jadi, untuk artikel kali ni min nak cerita pada korang sembilan filem ‘box office flop‘ paling rugi sepanjang zaman.


1. Dark Phoenix ($155 juta)

Dark Phoenix 1 2000 A689Dded37454B068A218010A8625Cda

Siapa sangka filem superhero sepeti Dark Phoenix yang kian mendapat tempat dalam masyarakat juga mengalami kerugian. Sebabnya, jalan cerita yang agak ‘bersepah’ dan berbelit serta watak popular yang mempunyai ramai peminat dalam francais itu seperti Mystique turut dimatikan.

Selain itu, sesi penggambaran yang terburu-buru juga menjadi punca kegagalan filem ni. Dengan bajet sebanyak 200 juta dolar, ia mengalami kerugian sebanyak 155 juta dolar pada syarikat produksi filem ini.

2. Mulan ($159 juta)

P3

Filem live action yang diambil daripada animasi Mulan ini turut mencatatkan kerugian besar. Ia memperoleh kritikan panas daripada pelbagai pengulas filem menyebabkan filem terbitan tahun 2020 ini mendapat sambutan buruk.

Ia dikatakan rugi sebanyak 159 juta dolar daripada bajetnya walaupun filem animasi klasiknya pernah memperoleh keuntungan sebanyak 300 juta dolar.

3. Turning Red ($167 juta)

Filem terbitan Disney juga tak terlepas dari mengalami kerugian. Seperti yang korang tahu, filem-filem dari syarikat itu biasanya menyasarkan golongan kanak-kanak yang masih kecil.

Berbeza dengan Turning Red, ia kelihatan sebagai satu kesilapan di mana ianya menyasarkan kanak-kanak awal remaja dengan adegan jenaka serta karakter yang lebih matang. Disebabkan itu, ia mengalami kerugian sekitar 167 juta dolar daripada bajetnya iaitu 175 juta dolar.

4. King Arthur: Legend of the Sword ($183 juta)

P4

Movie ni diarahkan oleh pengarah terkenal, Guy Ritchie yang filemnya banyak kali pecah panggung seperti filem bersiri Sherlock Holmes dan Aladdin. Akan tetapi, filemnya juga pernah dikategorikan sebagai ‘box office flop‘ apabila movie ini rugi lebih daripada bajetnya yang berjumlah 175 juta dolar.

Artikel berkaitan: “Takutnya!” 9 Movie Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Rotten Tomatoes

5. Tomorrowland ($185 juta)

P5

Filem pengembaran yang dibintangi pelakon hebat, George Clooney juga mengalami kerugian. Ia diterbitkan pada tahun 2015 dan diarahkan oleh Brad Bird yang terkenal dengan pembuatan filem animasi seperti The Incredibles dan Ratatouille.

Walaupun begitu, Tomorrowland dikira gagal apabila hanya memperoleh 210 juta dolar sahaja daripada bajet asal menyebabkan ia rugi sebanyak 185 juta dolar.

6. Pan ($185 juta)

Pan

Satu lagi filem live action, Pan juga tidak memperoleh sebarang keuntungan apabila jumlah kutipannya hanya mencapai 130 juta dolar kurang daripada bajetnya sebanyak 150 juta dolar. Oleh itu, movie yang dibintangi Hugh Jackman ini telah rugi sekitar 185 juta dolar.

7. Strange World ($197 juta)

00 Strange World 111722 1180W 600H

Selain Turning Red, Disney juga rugi dengan filem ini yang diterbitkan pada tahun yang sama. Ia menceritakan tentang sebuah keluarga pengembara dalam sebuah dunia bawah tanah yang pelik untuk mencari satu tumbuhan misteri.

Dipercayai, ia rugi sebanyak 197 juta dolar daripada bajetnya yang berjumlah antara 135 hingga 180 juta dolar. Menariknya, ia juga merupakan satu-satunya filem Disney yang tak dicalonkan untuk anugerah Oscar dalam lebih sedekad.

Artikel berkaitan: Filem Mat Kilau Cipta Sejarah, Berjaya Raih Kutipan RM97 Juta Siap Kalahkan Marvel!

8. Mortal Engines ($204 juta)

P7

Selain filem Harry Potter, movie ini juga merupakan adaptasi daripada sebuah novel yang ditulis oleh Phillip Reeve. Malangnya, ia tak berjaya seperti filem ahli sihir itu apabila ia hanya memperoleh kutipan kurang daripada 84 juta dolar berbanding dengan bajetnya yang berjumlah antara 100 hingga 150 juta dolar.

9. John Carter ($255 juta)

John Carter Scaled 1

Filem adaptasi, John Carter ini ‘menang’ gelaran filem paling rugi dalam sejarah box office. Ia dikatakan antara movie yang paling mahal dibuat dengan jumlah bajetnya mencapai 263 juta dolar. Namun, itu belum ditambah dengan bajet pemasarannya yang hampir 100 juta dolar tau!

Sejak tayangannya pada 2012, ia hanya mendapat kutipan sebanyak 284 juta dolar sahaja menyebabkan ia memperoleh gelaran box office paling ‘flop’ sepanjang zaman.

Sumber: ScreenRant

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.