Mesti rasa serabut setiap kali nak cuci kusyen kereta yang penuh dengan ‘peta’ kotoran. Kalau hantar kedai mau beratus juga lah kan?
Ini cara mudah dengan modal bawah RM10 yang korang boleh cuba untuk hilangkan ‘peta’ pada kusyen kereta, malah boleh digunakan untuk carpet, sofa dan tilam juga.
Tips ini dikongsikan Farizah Mohamed di facebooknya, korang boleh lah cuba.
Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg sy beli ni rm6.75 warna merah tu. Yg lagi 1 tu tough stain rm15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Sy beli yg rm6+ ni sb siap ngan berus sekali hehe
- Vacuum dulu kusyen kereta, jadi habuk/debu besar2 x kacau nanti.
- Lepastu amik tin foam cleaner ni dan goncang2 dulu, jarak lebih kurang 10cm dari kusyen tu spray je. Byk pun xpe, nanti kluar buih2 putih. Kena goncang dulu tau!
- Lepastu guna berus dia bagi tu utk gosok bagi rata dan supaya meresap dlm kusyen tu.
- Tunggu dalam 2-3 min camtu biar dia meresap lepastu boleh berus lagi pakai berus atau lagi best amik kain basah dan tonyoh2.
- Lepastu klau x puas hati spray la lagi. Kesan kotoran yg dah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering
- Tadaa~ bersih dah! Jimat pun jimat!
Baca dulu ye jenis fabric apa yg sesuai. Selamat mencuba~
Baca : Naik 6kg Dalam Masa Sebulan, Gadis Ini Kongsi Tips Naik Berat Buat Mereka Yang Kurus