Bakal pengantin memang suka kalau orang share tips tentang majlis perkahwinan kan? Lagi-lagi kalau tips tu untuk menjimatkan kos dengan hasil yang memuaskan.
Tapi, seorang wanita yang kongsi tips untuk gambar di hari istimewa, dikecam netizen dekat Twitter. Katanya,
Snap gambar pakai phone je then edit cantik dah la dia.”

Apa yang buat ramai netizen kecam adalah sebab ayat wanita tu yang dikatakan downgrade kerja photographers. Kata wanita ini, membazir kalau upah jurugambar sebab boleh pakai hand phone je.
Tak perlu DSLR nak tangkap gambar secantik ini. Upah photographer RM200/300. Membazir.”

Ramai yang geram dengan statement dari wanita ini yang memperlekehkan hasil kerja jurugambar. Apatah lagi, kata dorang gambar yang dia ambil pakai phone dan edit tu tak cantik pun.
kurang ajar gila downgrade photographer. nenek aku pun boleh edit lagi lawa dari ni https://t.co/M4CZ9Xs6Qq
— Podol (@LuqmanPodolski) November 4, 2019
Posting wanita tu dapat sehingga lebih 1,200 retweets tapi ramai juga yang kecam dekat thread tweet dia tu mengatakan yang dia sepatutnya respect seni dan salah satunya adalah seni gambar.
Tak semua orang ada bakat untuk ambil gambar yang lawa secara semulajadi dan tak semua juga pandai untuk edit gambar jadi lawa. Sebab tu kena harga jurugambar.

Tapi, hari ini wanita tersebut telah memohon maaf melalui tweet dan mengatakan dia tak berniat nak downgrade sesiapa. Niatnya hanya mahu berkongsi cara edit gambar dekat phone dan tak sangka ramai yang akan triggered.
Bukan niat nak downgrade sesiapa niat just nak share edit.. Tak tahu pulak ramai yang marah dan acah acah marah.”
I just nak mengatakan tunang je kalau shoot sendiri guna phone dah boleh jimatkan kos. So i nak minta maaf kepada sesiapa yang salah faham dengan tweet i ni. Ok lah thank you yang faham yang positive tqsm ❤️☺️
— ??????? ????? ✨ (@SyamiraAzhar) November 5, 2019
Rasanya ayat dia tu yang buat orang marah. Mungkin boleh guna ayat lain.