Baru-baru ini, timbul isu sensitiviti di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 apabila Kumpulan Puteh melakukan parodi menyerupai mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak serta pasangannya, Datin Seri Rosmah Mansur.
Persembahan Kumpulan Puteh yang terdiri dari Ali, Mamak dan Vicha itu sekaligus tular di laman sosial, di mana kebanyakkan pihak menyifatkan sketsa tersebut sebagai melampau kerana menjadikan figura Perdana Menteri sebagai bahan jenaka.
Sehubungan dengan itu, Kumpulan Puteh telah bersemuka dengan Dato’ Najib sendiri bagi membuat permohonan maaf secara terbuka.
Klip berdurasi lebih dua minit yang dikongsi oleh pengguna Tiktok @datonajibrazakfan itu melihatkan Ali mewakili diri dan dua orang rakan sekumpulannya untuk memohon maaf kepada Najib atas persembahan mereka pada minggu kelima MLM2021.
Dalam persembahan Kumpulan Puteh pada minggu tersebut, Ali memainkan watak Najib manakala Vicha pula membawa karakter Rosmah Mansur yang sedang membeli belah.
Sesi perjumpaan antara Kumpulan Puteh dengan Najib itu bertempat di Klebang, Melaka dan diatur oleh rakan pelawak mereka iaitu Shahrol Shiro. Difahamkan Shahrol merupakan orang yang bertanggungjawab menasihati kumpulan itu agar membuat permohonan maaf secara terbuka.
Melalui klip Tiktok itu, Dato’ Najib dilihat tidak berkecil hati dan memaafkan kekhilafan kumpulan pelawak tersebut. Beliau turut menekankan bahawa kumpulan tersebut pastinya tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak dan sekadar untuk menghiburkan penonton.
Walaupun begitu, beliau tetap menyentuh bahawa ada pihak yang kurang senang dengan parodi yang dilakukan oleh Kumpulan Puteh. Perkara tersebut diharap menjadi pengajaran bukan saja bagi Puteh, malah ramai lagi pelawak di luar sana.
Dalam video yang sama, Dato’ Najib turut mengingatkan bahawa tidak menggunakan memimpin sebagai bahan lawak, sebaliknya banyak lagi isu-isu lain yang boleh disentuh untuk dijadikan punchline.
Kali ini saya maafkan, saya terima kemaafan itu. Mudah-mudahan kita lupakan sajalah, dan kita lihat ke hadapan, ya?”
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga apa yang terjadi ini jadi iktibar bagi peserta-peserta lain juga.
Sumber: Tiktok
Baca: “Kalau tak suka, satu Ha pun jadilah” – Shahrol Shiro Minta Juri Hargai Usaha Pelawak