Dengan bajet sebanyak RM15, tiga orang kanak-kanak ini tidak menyangka hasrat mereka untuk menikmati durian jadi kenyataan bahkan diberi satu ‘ganjaran’ apabila peniaga durian itu berhasrat ingin membelanja mereka.
Dalam satu video tular di TikTok, peniaga tersebut ada menyoal ketiga-tiga kanak-kanak itu berapa jumlah wang yang mereka bawa. Dilihat masing-masing membawa keluar wang kertas bernilai RM2, RM5 dan RM 8 untuk menikmati durian.
Artikel berkaitan : 2 Kanak-kanak Ditangkap Kerana Cuba Curi Durian Undang Perbalahan Netizen
Artikel berkaitan : 2 Beradik Ditemui Ma*t Dalam Keadaan Berpelukan Lepas Hilang Mencari Durian Di Dusun
Selepas melihat jumlah wang yang mereka bawa, peniaga yang dikenali sebagai @bala_durian ini memilih untuk belanja kanak-kanak berkenaan, malah dia memberi sebiji durian jenis Musang King. Fuh dapat Musang King free tu!
“RM15 ada? Okey pegang dulu (duit). Mari, ini musang king. Tak payah timbang, tak payah bayar pak cik belanja.”
Kanak-kanak tersebut dilihat begitu gembira sambil berkali-kali meminta kepastian jika durian yang peniaga belanjakan itu jenis Musang King.
@bala_durian Simpan Duit untuk beli durian Duit Tabung ✅ Offer Durian 1bag Rm50 🎉🎉🎉 offer 🎉🎉🎉 #durianviral #durianlover #musangking #musanglovers #durianmurah #durianpadu #viralllllll
Hantaran itu telah mendapat perhatian orang ramai dan majoriti memuji kebaikan peniaga tersebut malah ada juga yang berhasrat untuk ke gerainya untuk menyokong perniagaan peniaga durian ini.
Min pun tersenyum sorang-sorang tengok reaksi diaorang ni. Best kan bila kita buat orang happy? Kita pun jadi happy sama.
Sumber : TikTok