Memiliki kulit yang cantik, glowing flawless dan sihat sudah semestinya menjadi dambaan wanita, banyak produk-produk di pasaran sekarang begitu laris berikutan dengan strategi pemasaran yang pasti akan menarik perhatian pengguna.
Tapi bukan semua produk itu bagus, ada yang boleh memberi kesan sampingan malah penting untuk kita tahu bahawa bukan semua kulit putih dan glowing itu sihat. Ada antaranya kulit itu dah terhakis dan dah rosak macam ni…
Tolonglah jangan terjebak”
Menerusi perkongsian daripada @ekynrosny_ sampel dan testimoni yang kita dapat lihat diaats ini bukanlah menunjukkan kulit kita nampak sihat, tapi kulit kita sebenarnya dah rosak. Tiada lagi perlindungan dari lapisan dalam kulit.
Kulit yang terlalu berminyak dikatakan terlalu glowing ini sebenarnya boleh memudaratkan kita pada masa akan datang.
“Untuk wanita diluar sana, kena pandai beza kulit cantik dengan kulit rosak nah. Tak pasai² dari nak cantik jadi penyakit.”
Katanya lagi, contoh yang kulit sihat bukan lah putih dan glowing tetapi seperti kulit bayi, tumbuh jerawat, jeragat dan berkedut sikit itu normal kerana dimamah usia. Jadi, tak perlu gunakan produk yang boleh buatkan kulit muka terhakis seperti diatas.
Perkongsian yang telah meraih 11.7K retweets ini sekaligus mendedahkan beberapa mangsa yang pernah terkena kesan sampingan akibat menggunakan produk yang banyak merkuri (punca kehakisan kulit muka).
Rata-rata menjelaskan bahawa ia mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih malah masih lagi ada kesannya sampai sekarang.
Dah 2 tahun tak elok-elok – Netizen
Harap janganlah pakai produk macam ni, rasanya tak ada pun yang lawa kalau sampai jadi macam tu. Pemakanan yang sihat dan pengambilan nutrisi dah cukup untuk menjaga kulit kita.