Kucing sememangnya popular kerana ia comel dan dalam masa yang sama, telatahnya yang bermacam-macam ragam itu juga boleh menghiburkan hati kita. Kadang-kadang tu, kalau tengah bersedih pun boleh hilang sendu lepas tengok perangai pelik kucing ni.
Kali ini, kami nak kongsikan pula kisah seekor kucing peliharaan seorang gadis di Indonesia yang berjaya mencuri tumpuan netizen di Twitter. Menurut Suara.com, kucing tersebut dikatakan gemar untuk duduk di kerusi meja makan setiap malam untuk menyertai ahli keluarga tuannya makan.
Gambar gelagat kucing yang diberi nama Hazelnut itu pada mulanya telah dikongsikan oleh tuannya iaitu seorang gadis yang dikenali sebagai heybogosipeo di Twitter baru-baru ini.

Gadis itu juga mengatakan kucingnya itu lain daripada yang lain kerana ia tidak menyukai ikan. Selain itu, dia juga ada berkongsi video telatah Hazelnut yang suka bermain di atas alat senaman treadmill.
nih gais aku tambahin video hazelnut lg olahraga?? badannya emg gede pic.twitter.com/oxzY0Mg8tF
— farah ? (@heybogosipeo) December 30, 2021
Sehingga kini, (ketika artikel ini ditulis) gelagat kucing comel itu telah meraih lebih 15 ribu Retweets dan 83 ribu likes daripada pengguna Twitter.
Ada juga netizen lain yang berkongsikan gambar kucing mereka yang turut gemar duduk di atas kerusi makan. Memang menghiburkan betul bila tengok gambar kucing masing-masing.
Sama pic.twitter.com/1bVJirqGzR
— WNG (@WeningAA) December 30, 2021
https://twitter.com/syafiraraaa/status/1476457688124956677
Macam-macam hal betul kucing-kucing ni. Nasib baik comel kan.
Sumber: Suara.com, Twitter @heybogiosipeo
Baca: Karma Buat Oyen, Kaki Tersepit Di Celah Kerusi Lepas Cuba Curi Makanan Lelaki Sedang Tidur

