Sejak akhir-akhir ini, penjualan pakaian-pakaian bundle makin mendapat perhatian di negara kita ni.
Namun sejak Peintah Kawalan Pergerakan (PKP), cara penjualannya makin berkembang dengan menggunakan sosial media sebagai ruang untuk berniaga.
Tapi kalau korang ada beli barangan bundle lepastu korang terjumpa nota ‘misteri’ dalam barang tersebut, apa yang korang akan buat?
Lebih kurang kisah kali ini apabila seorang wanita menemukan sekeping nota di dalam pakaian di sebuah kedai bundle di Amerika Syarikat.
Peristiwa di kedai bundle
Kejadian berlaku apabila seorang wanita, terjumpa sekeping nota di dalam sehelai jaket berwarna merah di sebuah kedai bundle.
Wanita itu sedang membelek dan ingin mencuba jaket tersebut. Namun apa yang mengejutkan apabila ayat di dalam nota itu yang boleh membuatkan kita turut tak tidur malam.
“Kuburkan aku dengan pakaian ini” – ayat yang tertulis di dalam kertas itu
Aaaa tachod!
Perkara itu telah mengejutkan wanita dan pemilik kedai tersebut. Lalu kejadian itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Scott Murray di akaun Facebooknya.
Ada yang memberi komen bahawa wanita itu mungkin sudah meninggal dunia namun tiada yang tahu niatnya itu. Selain ada juga yang memberi pandangan bahawa nota tersebut patut diletakkan di tempat yang senang untuk dilihat.
“Saya rasa mungkin wanita itu telah meninggal dunia tapi tiada siapa yang tahu hasratnya itu” komen seorang wanita
“Dia sepatutnya letakkan nota tersebut di tempat yang senang untuk dilihat” tambah seorang wanita lagi
Lain kali sebelum nak beli barang bundle tu, jangan lupa periksa dulu okay. Seram~
Sumber : DailyStar