in

Kubur Suami Isteri Digali & Dipindahkan Gara-gara Tuan Tanah ‘Tak Sebulu’ Dengan Anak Arwah Pasal Isu Politik

Ft Pindah Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua kubur di Indonesia digali semula untuk dipindahkan ke tempat baru oleh orang kampung gara-gara berbeza pandangan politik antara tuan tanah dan anak si mati.

Kubur tersebut terletak di Annuang, Ujung Loe, Bulukumba, Sulawesi Selatan dan insiden gali kubur itu berlaku pada Jumaat lepas (29/11/2024). Menurut sumber, kedua-dua si mati itu adalah pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mattayang Daeng Lengu dan isterinya, Nurlia.


Artikel berkaitan : Tanah Perkuburan Berdekatan Pantai, 5 Jenazah Perlu Dikebumikan Semula Akibat Hakisan di Terengganu

Artikel berkaitan : Adik Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Alami Kemurungan, Diarah Jalani Rawatan

Menurut sumber lagi, Nurlia dikebumikan pada 13 Mac 2022 dan suaminya, Mattayang pula pada 27 Julai 2023 lepas. Pemindahan kedua-dua jenazah itu dilakukan dengan bantuan orang kampung.

Jenazah ibu bapa kepada wanita yang dikenali sebagai Nurmi itu dipindahkan ke tanah perkuburan yang terletak di Desa Manjalling. Berikutan isu ini, penghulu Desa Manjalling membenarkan pemindahan makam kedua-dua ibu bapa Nurmi bagi mengelakkan masalah tersebut jadi berlarutan.

Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.