in

“Kuat semangat dia” – Anak Yatim Piatu Gigih Berniaga Nasi Lemak Walau Sakit Jantung Berlubang

Udin 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkongsian oleh @fs.channel.official di TikTok telah berjaya membuka mata ramai orang tentang kisah hidup seorang anak yatim piatu yang gigih berniaga nasi lemak pada setiap pagi namun, menghidap masalah jantung berlubang.

Masak sendiri nasi lemak seawal 3 pagi

Menerusi video yang dimuat naik, anak yatim yang mesra dipanggil Udin itu telah kehilangan bapa dan ibunya ketika dia berusia 2 dan 10 tahun. Kini, dia tinggal bersama ibu saudara dan berniaga nasi lemak untuk menampung perbelanjaan harian.


Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang ibu!” – Wanita Berniaga Nasi Lemak RM1, Kuat Walaupun Sarat Mengandung

Artikel berkaitan: “Rezeki kita yang atas tentukan” – Penjual Burger Tetap Berniaga Setiap Malam Walau Untung RM10

Lebih mengagumkan, Udin akan bangun seawal jam 3 pagi untuk memasak dan menyediakan nasi lemak pada setiap hari di sekitar Petronas Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Atas permintaan orang ramai juga, pada minggu tersebut Udin membuat 150 bungkus untuk diniagakan.

FS Channel yang gemar membantu peniaga kecil juga berasa kagum dengan kegigihan Udin lalu membeli kesemua baki nasi lemak yang ada untuk diberikan secara percuma kepada orang lain.

Udin hidap sakit jantung berlubang

Udin turut berkongsi cerita bagaimana tercetusnya idea untuk berniaga nasi lemak. Sebelum ini, dia pernah bekerja di kedai makan namun atas faktor kesihatan, ibu saudaranya telah memberi cadangan supaya Udin berniaga nasi lemak.

Dulu sebelum tahu ada penyakit (jantung berlubang), niat nak jadi askar. Lepas tahu, saya ingat nak jadi tukang masak jelah. Mak saudara dulu kerja dekat stesen kereta api, lepas Covid-19.. tak ada kerja. Sekarang nak kerja balik, kemalangan.

Sehingga kini, Udin akan ke Hospital Pulau Pinang bersama abang saudaranya untuk mendapatkan rawatan sakit jantung berlubang.

Sepatutnya kena pembedahan tapi..

Ibu saudara Udin iaitu Puan Surihani yang sedang sakit akibat kemalangan berkata, Udin sepatutnya perlu menjalani pembedahan jantung namun Udin menolak kerana masih boleh menjaga diri.

Sebab dia kata, masa dia sekarang ni dia boleh jaga diri dia. Bila dia operate, dia tak tahu nak jaga diri dia sebab operate dia cuma boleh ‘pakai’ 5 tahun je. Lepas tu operate balik.. mana kami nak cari sampai RM80,000. Dia reda sebab dah lahir macam tu.

Bila mak cik bawa check.. saluran pernafasan dia terbalik, dah bocor.. bila jadi macam tu, dia tak boleh buat kerja berat ke apa.. oksigen dalam badan tiada.

Selain Udin, Puan Surihani turut menjaga adiknya (OKU) dan dia berazam untuk menjaga kedua-dua mereka sampai akhir hayat.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa sedih selepas melihat video tersebut.

Udin 1

Moga Udin sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.