Siri ikonik Korea Selatan, Squid Game 2 telah mencetuskan fenomena apabila berjaya menarik ramai peminat di seluruh dunia.
Karya bergenre survival ini masih lagi hangat diperkatakan selepas ditayangkan sejak 26 Disember lalu.
Pun begitu, di sebalik kehangatan drama tersebut, kecoh dikatakan apabila netizen mengesan terdapat kelibat jurukamera dalam siri kedua itu.
Artikel berkaitan: Akan Ada Patung Baru Dalam Siri Squid Game 3, Ini Asal Usul Patung Young-Hee & Chul-Su
Artikel berkaitan: Ramai Teruja Tengok Pelakon ‘Squid Game 2’ Main Permainan Tradisional Malaysia
Dalam satu hantaran tular itu, kelihatan kelibat seorang jurukamera dalam salah satu babak tembak-menembak drama berkenaan.
“Nampaknya ada orang akan kena pecat daripada pasukan Squid Game selepas salah seorang jurukamera dikesan pada bahagian belakang, ketika pertengahan episod.”
someone is getting fired from the Squid Games team after one of the cameramen was spotted in the background mid episode 😭😭 pic.twitter.com/iR1rYNc3kX
— ryan 🤿 (@scubaryan_) January 6, 2025
Ada yang mengatakan tidak perasan mengenai babak terbabit pada awal tontonan namun apabila menyemaknya kembali, ia disahkan betul mengenai perkara itu.
Tidak diketahui sama ada ia disengajakan ataupun tidak, namun rata-rata netizen beranggapan ia sebagai kelemahan perlu dibaiki pihak produksi terbabit untuk siri akan datang.
Malah, netizen juga menyatakan perkara itu telah mencemarkan reputasi drama berkenaan yang dianggap tidak setanding dengan kos penggambarannya.
Menurut laporan, kos pembikinan siri ini menelan belanja lebih AS$80 juta (RM360 juta) dan sekali lagi berjaya mencatat kejayaan luar biasa apabila tersenarai dalam Top 10 drama global di Netflix.
Sumber: X