Bagi mereka yang sudah biasa dengan suasana di lapangan terbang, anda pasti mengetahui beberapa peraturan atau sistem yang perlu diikuti.
Misalnya, selepas melalui semakan di kaunter imigresen, kita akan ke fasa pemeriksaan keselamatan yang mana barangan seperti pasport, jam tangan, telefon bimbit diletakkan di dalam bekas dan juga jika barangan cecair melebihi 100ml perlu dibuang atau dihabiskan.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @andreas_tomazou_travel yang juga seorang pelancong luar negara berkongsi sebuah video mengatakan rasa tidak puas hatinya dengan situasi yang dihadapinya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menaiki penerbangannya.
@andreas_tomazou_travel | This is insane guys?? like this they force you to buy water from the plane 3-4 times than normal price! Come on! This is water! #traveler #airport #travel #traveltok #Kulairport #asia #malaysiatiktok #kualalumpurmalaysia #malaysia #kualalumpur #traveling #travelaroundtheworld
Menerusi video terbabit, lelaki tersebut berang kerana tidak dibenarkan membawa masuk air mineral yang dibelinya di KLIA ketika pemeriksaan keselamatan. Dia mendakwa ini situasi pertama kali dihadapinya walaupun dirinya sudah ke 51 negara.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa bahawa ini adalah taktik untuk memaksa penumpang membeli air di dalam pesawat dan mengatakan perkara itu akan menyusahkan penumpang jika mereka tidak mempunyai wang untuk membeli air di dalam penerbangan mereka.
“Pertama kali naik kapal terbang ke?”
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan mat salleh itu kerana sebagai pelancong asing perlulah menghormati dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan sesebuah negara.
Netizen juga menegur bahawa botol air tersebut boleh saja dikosongkan dan kemudian boleh diisi semula kemudian nanti.
Dalam pada itu, netizen juga menasihati bahawa sebagai seorang pelancong perlulah membaca guidelines terlebih dahulu sebelum melancong ke sesuatu tempat dan perlulah mengikuti peraturan tersebut.
Baca : “Tak ganggu penonton & pemain ke?”- Kereta Api Di Slovakia Ini Lalu Dalam Stadium Bola Sepak