in

Krisis Ukraine-Rusia: Bekas Miss Ukraine Angkat Senjata, ‘Bersumpah’ Nak Lenyapkan Penentang!

Untitled Design 2022 02 28T165440.619

Krisis antara Ukraine dan Rusia kini menjadi salah satu topik yang hangat diperkatakan dalam semua platform media.

Ramai di antara rakyat Ukraine kini melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan serta mempertahankan negara tersebut, ini termasuk bekas ratu cantik Ukraine yang kini sudahpun memberi ‘amaran’ kepada penentang Rusia.

https://www.instagram.com/p/CaSsOdyr4FA/?utm_source=ig_web_copy_link

Anastasiia Lenna merupakan Miss Ukraine pada tahun 2015 dan baru-baru ini dia memuat naik gambarnya berpakaian tentera sambil memegang senjata dengan kapsyen;

“Sesiapa yang menyeberangi perbatasan Ukraine dengan niat untuk menyerang, akan dilenyapkan!”

Hantaran itu juga disertakan dengan hashtag ‘berdiri bersama Ukraine’ dan ‘jangan ganggu Ukraine’.

Bekas Miss Ukraine itu merupakan pengurus perhubungan awam di Turki dan ini bukanlah kali pertama dia memuat naik gambarnya memegang senjata dia juga pernah memuat naik hantaran yang menunjukkan sesi latihan bersenjatanya di kawasan berhutan dan tempat latihan dalaman.

Difahamkan, bekas ratu cantik itu sangat aktif dalam aktiviti lasak seperti memburu dan dia juga sering berkongsi latihan ketenteraanya dalam laman Instagram.

Selain itu, seorang lelaki yang memakai kaki palsu dan pasangan muda yang baru berkahwin turut menyertai kumpulan sukarelawan.

Selama berminggu-minggu, rakyat biasa di seluruh Ukraine menerima latihan asas pertempuran dalam pelbagai aspek termasuk mengendalikan senjata dan melempar bom tangan.

Semoga krisis ini cepat berakhir!

Baca: “Satu sahaja didunia” – Pesawat Terbesar Di Dunia Antonov AN-225 Milik Ukraine Didakwa Musnah Diserang

Untitled Design 2022 02 28T162811.671