Rakyat Malaysia kini semuanya sedang risau akan bencana banjir yang berlaku. Dikhabarkan amaran ribut petir di negeri Pahang, Johor dan Sabah juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) jam 10.30 pagi hari ini.
Jadi, apa yang kita boleh buat sekarang ialah bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan yang berisiko.
Justeru, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial sebuah kereta ‘dibungkus’ dengan plastik sebagai persediaan hadapi banjir. Video tersebut menunjukkan gambar sebelum kereta tersebut dibungkus dan selepas berlakunya banjir.
Terlihat kereta tersebut masih lagi elok dan boleh dihidupkan walaupun setelah ditenggelami air banjir. Ramai menganggap video berdurasi 58 saat itu berlaku di negara luar, tetapi rupa-rupanya ia direkodkan di Kemaman, Terengganu! Tak sangka rakyat Malaysia ni kreatif juga!
Video yang pada asalnya dikongsikan di laman Facebook dan kini viral di laman TikTok itu telah pun berjaya mendapat sebanyak 941.9 ribu jumlah tontonan!
Jika dilihat di ruangan komen pula, ramai yang tertarik dengan plastik yang digunakan untuk ‘membungkus’ kereta tersebut. Dikatakan, plastik itu boleh dibeli secara online je! Jadi, ramai lah yang dah beli siap-siap beli plastik tu untuk selamatkan kereta masing-masing.
Habislah lepasni sold out lah plastik tu…bungkuslah sekali mesin basuh, peti sejuk dengan segala perkakas elektrik tu kalau boleh hehehe…
Baca: “Terbaik” – Dr Zul Melawat Gurdwara PJ, Beri Sokongan Kerana Bantu Mangsa Banjir Dari Ahad Lepas