in

KPT Minta Pelajar Daftar Dahulu, Maklum Sekiranya Berdepan Masalah

ft zambry abdul kadir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pelajar yang ditawarkan tempat di universiti diminta mendaftar terlebih dahulu dan memaklumkan segera kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sekiranya berdepan masalah kewangan atau sebarang halangan lain.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Zamry Abdul Kadir, KPT ada menyediakan pelbagai bantuan kewangan seperti Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) dan bantuan awal pengajian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) untuk mereka yang memerlukan.


“Pesan saya kepada semua yang mendapat tempat pengajian, jika ada sebarang masalah atau kekangan kewangan, hubungi dan maklum kepada saya dan KPT”

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, menteri KPT tersebut telah meminta semua Naib Canselor untuk membantu memudahcarakan proses pendaftaran pelajar.

Tambahnya lagi, komitmen KPT terbukti apabila pihaknya dengan segera membantu dua pelajar, Ikram dan Fairuz yang berkemungkinan menolak tawaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dan Universiti Utara Malaysia (UUM) atas kekangan kewangan dan ketidakmampuan.

Terdahulu, kisah dua orang sepupu tersebut telah mendapat perhatian Menteri KPT selepas ditag oleh seorang pengguna Facebook sebelum pegawainya menghubungi beliau untuk tindakan selanjutnya.

546387052 1328604425312536 3146802250837650607 n horz

Tambah Zambry lagi, kedua-dua pelajar terbabit sanggup bekerja sebagai pembantu kedai burger dengan bayaran RM20 sehari bagi menampung perbelanjaan mereka.

Katanya lagi, mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat matrikulasi dengan masing-masing mendapat mata Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 dan 3.92.

Artikel berkaitan : KPT Bagi Keterangan Secara Terperinci Kenapa Calon STPM PNGK 4.0 Tak Layak Masuk UM

Artikel berkaitan : 159 Pelajar UiTM Cawangan Sabah Terima Bantuan KPT-PTPTN

Beliau turut memberi jaminan kepada dua orang pelajar terbabit agar tidak khuatir tentang yuran mahupun perbelajaan persediaan untuk ke universiti menerusi satu panggilan video kerana pihaknya akan memberikan bantuan.

Dalam pada itu, Zambry juga turut merakamkan penghargaan buat pengguna Facebook Wan Nurfarahin yang membantu menyalurkan maklumat hingga membolehkan KPT dan UiTM mengambil tindakan segera bagi memastikan pelajar terbabit tidak ketinggalan untuk mendaftar.

Sumber : MalaysiaKini

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.