Kalau naik pengangkutan awam seperti LRT, MRT atau bas, kita sebagai penumpang kenalah jaga kebersihan. Jangan la buang sampah atau buat kotor sesuka hati pula.
Itulah yang terjadi di dalam sebuah bas Rapid KL baru-baru ini apabila ada penumpang yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan najis di dalam bas tersebut!
Perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh pihak Rapid KL menerusi akaun Twitter mereka.
Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika di dalam bas mahupun tren, demi keselesaan bersama. Kerjasama serta perhatian semua adalah amat kami hargai.#rapidkl pic.twitter.com/J0aINUiJ8e
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) September 9, 2022
Ada netizen yang mulanya ingatkan gambar kotoran yang dikongsikan oleh Rapid KL itu ialah coklat yang tumpah, namun pihak Rapid KL kemudiannya menjelaskan semula bahawa ia merupakan najis manusia.
Nampaknya isu tidak menjaga kebersihan di dalam pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang baru kerana ada warganet lain pula yang berkongsikan pengalaman yang hampir serupa di mana mereka pernah menyaksikan sendiri ada penumpang yang meludah di dalam bas.
Manakala netizen yang lain pula mahu si pelakunya ditangkap kerana selalunya kan dalam bas dan LRT ada tersedia CCTV, jadi pihak Rapid KL boleh tengok semula rakaman untuk tahu siapa yang tinggalkan najis berkenaan di situ.
Tak pasal-pasal penumpang lain dan pemandu bas tu kena tahan hidung dari hidu bau busuk semerbak tu.
Sumber: Twitter @AskRapidKL
Baca: Rapid KL Tampil Jawab Isu Puluhan Tren Terbiar Dalam Video Viral