Blackpink in Malaysia! Siapa dah pergi tengok konsert diorang semalam?
Dengar cerita ada lebih kurang 7,000-8,000 peminat Blackpink atau dikenali sebagai Blinks yang menghadiri konsert sulung kumpulan berkenaan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Tak lambai pada peminat?
Persembahan kumpulan K-pop ni memang dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia dan Malaysia khususnya.
Maklumlah, mereka ni dikira sebagai antara kumpulan K-pop group paling top buat masa ini!
Sekarang ni mereka sedang dalam konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 bertajuk ‘In Your Area’ yang juga diadakan di Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

Tapi dengar cerita, kumpulan gadis ini tak senyum atau lambai pada peminat masa mula-mula sampai kat KLIA? Betul ke?

Amboi, sampai dekat 10 ribu retweet dengan lebih 300 replies. Triggered eh semua Blinks?
Blackpink macam takut?
Dalam video yang dikongsi semula oleh akaun Twitter radio ERA, ahli kumpulan tu dilihat macam ketakutan sambil dibawa ke luar semasa di lapangan terbang.
Korang rasa macam mana?
Ni antara video paling dekat dari peminat @blackpinkofficial iaitu @lisa_alia_fc1234 di KLIA malam tadi… #sharERA
Kredit video dari @lisa_alia_fc1234 pic.twitter.com/dWKzST37vI
— ERA – Muzik Hit Terkini (@ERAdotje) February 23, 2019
“Koreans don’t like other race”
Jaranglah artis tak nak lambai dekat peminat yang sambut diorang. Lagi-lagi artis antarabangsa yang datang ke negara lain untuk buat konsert..takkan lah kot ek?
Mengikut kata Blinks, penyanyi kesayangan diorang ni ok je lah! Penat je kot.



Bukan salah seorang anggota diorang, Lisa tu berasal dari Thailand? So dia pun kira dibenci juga ke?
Tapi mengikut kata peminat ni, pihak pengurusan selebriti Korea pun ada jenis letak syarat jangan berinteraksi atau berlebih-lebih dengan fan.

Ah tak fahamlah dengan dunia selebriti Korea ni. Ada saja yang tak puas hati. Kalau peminat suka sangat, dikata taksub. Kalau tak cantik, dikutuk.
Admin tetap suka Tok Ti. Susah nak dengar gosip panas mengenai artis kesayangan nusantara ni. Saranghae Tok Ti!