Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan sekurang-kurangnya 30 pegawai kerajaan dihukum bunuh kerana gagal menangani kesan banjir besar pada akhir Julai lalu yang telah mengorbankan ribuan penduduk di wilayah utara negara itu.
Menurut laporan, seorang pegawai berkata antara 20 dan 30 pegawai berkenaan telah didakwa atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Julai lalu, berlaku banjir yang dahsyat sehingga di wilayah Jagang dipercayai mengorbankan ribuan orang dan keadaan ini sedang dipantau rapi oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan. Bagaimanapun, Kementerian Penyatuan Korea Selatan enggan memberikan sebarang ulasan.
Artikel berkaitan: ‘Selfie’ Dengan Atlet Korea Selatan Ketika Olimpik Paris 2024, 2 Atlet Korea Utara Berkemungkinan Dihukum?
Artikel berkaitan: “Bangunkan pangsapuri, resort ski, hotel” – Korea Utara Buka Semula Sektor Pelancongan Lepas 5 Tahun
Pada mesyuarat tergempar parti, Kim Jong-un menegaskan akan menghukum mereka yang ‘mengabaikan tugas’ sehingga menyebabkan banyak kematian.
Menurut laporan berita Korea Utara, bencana banjir itu telah menyebabkan kemusnahan besar dengan lebih 4,1000 rumah, 7,410 ekar tanah pertanian, jalan raya, bangunan dan laluan kereta api terjejas.
Sementara itu, Kim Jong-un menolak bantuan antarabangsa dan memerintah para pegawainya untuk memindahkan 15,400 penduduk terjejas ke ibu negara, Pyongyang agar dapat dibantu dengan lebih baik.
Sumber: Berita Harian