Lewat malam semalam, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol telah membuat kejutan apabila mengisytiharkan undang-undang tentera dalam ucapan di televisyen, dengan menuduh parti pembangkang utama negara itu bersimpati dengan Korea Utara dan aktiviti ‘anti-negara’.
Menurut laporan CNN, Suk-yeol tidak menyatakan langkah-langkah spesifik yang akan dilaksanakannya.
Presiden itu juga memetik usul pembangkang utama, Parti Demokratik yang dituduh cuba memecat pendakwa raya kanan dan menolak cadangan belanjawan kerajaan. Tambah Suk-yeol lagi, tindakan pembangkang juga dilabel sebagai ‘perbuatan subversif bertujuan untuk menghasut pemberontakan’.
Artikel berkaitan: “Tengah lapar gang” – Aiman Tino Terkandas Dalam Kapal Terbang Selama 8 Jam Di Korea Selatan Kerana Cuaca Buruk
Artikel berkaitan: “Power lagu!” – Ramai Teruja PMX Guna Lagu K-Pop Untuk ‘Posting’ IG Lawatan Ke Korea Selatan
Tarik balik darurat lepas beberapa jam
Selepas beberapa jam mengumumkan darurat, Presiden Suk-yeol dilaporkan mengumumkan penarikan balik undang-undang berkenaan pada awal pagi Rabu selepas Dewan Kebangsaan meluluskan usul mendesak ia ditamatkan.
Di bawah Perlembagaan, undang-undang tentera mesti dibatalkan apabila majoriti ahli parlimen menuntutnya.
Daripada 300 ahli Parlimen, 190 hadir dalam sesi itu dan kesemuanya menyokong usul untuk tamatkan undang-undang tentera.
South Korea has placed ALL media outlets under government control due to martial law.
— Alex Shepard (@AlexShepard45) December 4, 2024
Kabinet Korea Selatan telah meluluskan usul penamatan undang-undang darurat pada jam 4.30 pagi, kira-kira lepas enam jam Suk-yeol mengisytiharkannya.
Dalam pada itu, Ketua Turus Bersama Tentera Korea Selatan mengesahkan bahawa pasukan tentera yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang darurat telah kembali ke pangkalan masing-masing dan keadaan kembali seperti biasa.
Moga kembali aman-aman saja ya keadaan di Korea Selatan sana.
Sumber: Berita Harian, Kosmo!