in

“Korang gila ke apa” – Nabila Huda Bengang Orang Ajak Selfie Masa Nenek Meninggal Dunia

Abil5

Satu berita mendukacitakan buat pelakon Nabila Huda apabila mendapat khabar berita tentang pemergian arwah neneknya malam tadi. Al-fatihah.

Khabar itu dimuatnaik oleh Nabila Huda sendiri menerusi Instagram miliknya.

 

Takut kehilangan, hari ini nenek tinggalkan”

Menurutnya, ini baru pertama kali dia merasa ‘kehilangan’ dan kini dia sedang bersedih serta memohon agar warganet semua sedekahkan Al-fatihah kepada arwah neneknya.

https://www.instagram.com/p/B_2UFAbpbpB/

Apabila merasai perkara ini buat pertama kali, sudah semestinya kesedihan yang kita alami ini akan lain sedikit.

Tapi ada pula yang kurang menyenangkan apabila ada pihak yang cuba nak ambil kesempatan tanpa memikirkan sensitiviti orang.

Baru-baru ini, Nabila muat naik status di Twitter menzahirkan rasa terkilannya terhadap segelintir individu yang minta selfie dengannya saat-saat orang tengah meratapi pemergian individu tersayang.

 

Nenek Aku meninggal ni,Korang gila ke apa Nak selfie?

Nabillhuda

Biarpun tidak dijelaskan lokasi dan tempat itu, ramai yang memahami apa yang Nabil Huda rasa, rata-rata peminat mengucapkan takziah dan memberi sokongan moral supaya Nabila Huda sentiasa cekal dan tabah dalam menghadapi ujian.

 

Sabar, kadang-kadang tak boleh nak fikir, maafkan mereka Abil – Netizen

Abil Abil2

Apa pun kami ingin ucapkan salam takziah buat Nabil Huda dan sekeluarga, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan Nabil sekeluarga tabah dalam mengharungi dugaan ini. Al-fatihah.

 

Baca : “Maybe Nabila Huda made some point” – Reaksi Netizen Bila Lihat Video Ini

Kupu