in

“Kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap” – DSV

Ft Dsv Vs Kontraktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) menegaskan bahawa dia bakal mengklarifikasikan isu yang melanda dirinya apabila dia sudah pulang ke Malaysia kerana dia kini berada di luar negara.

Bahkan DSV yang kini sedang berada di Shanghai, China juga mengatakan bahawa dia akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan segala kemelut yang menghimpit dirinya.


Artikel berkaitan : “Tuntutan sita sememangnya dipertikaikan” – Isu Hutang Lebih RM1 Juta, Ini Kenyataan Peguam DSV

Artikel berkaitan : Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Aset Milik Datuk Vida Termasuk 4 Buah Kereta Mewah Bakal Dilelong

Dalam pada itu, menjelaskan kepada Kosmo! bahawa pihak kontraktor itu dikatakan buat kerja separuh jalan.

“Sekarang saya cuma boleh cakap, biasanya projek bayar dulu bukan buat dulu baru claim. Dalam kes saya, kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap.”

“Balik nanti, saya akan buat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini. Tunggu.”

Vida Kontraktor 2048X1152 1

Sebelum ini, DSV dikatakan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuh kontraktor pembinaan, Ah Design Comunnication sebanyak RM 1,060,285.

Disebabkan itu, empat buah kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumahnya. Malah, perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn. Bhd.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.