Mulai 1 Mac ini, mana-mana individu yang sudah mendapat dos penggalak tidak perlu lagi menjalani kuarantin kendiri jika tidak mempunyai sebarang gejala seandainya disahkan sebagai kontak rapat.
Walaubagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini telah menetapkan syarat bahawa individu tersebut perlu sahkan ujian negatif.
Namun, bagi individu lengkap vaksin tapi belum dapat dos penggalak, tempoh kuarantin masih kekal 5 hari.
Selain itu, KKM setuju lanjutkan tempoh sehingga 31 Mac kepada penerima vaksin Sinovac untuk dapatkan dos penggalak bagi kekalkan status vaksinasi lengkap. Jika tidak, bermula 1 April status akan berubah dari kuning ke putih di aplikasi MySejahtera.
Baca : Sijil Penerima Vaksin Sinovac Akan Berubah Jadi ‘Putih’ Mac Ini Jika Tak Ambil Booster – KJ