in

“Konon2 jadi hero sedekah ribu-ribu, padahal…” – Netizen Tuduh Man Raja Lawak Menipu Tak Sedekah Wang Kemenangan MLM 2019

hero konon

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terjadi pada bulan Mac lepas, Man Raja Lawak, 42, telah mengumumkan bahawa beliau akan menghulurkan sumbangan RM50,000 kepada rakyat Malaysia yang terputus rezeki akibat penularan virus COVID 19.

Wang RM50,000 itu katanya hasil daripada wang kemenangan yang dia perolehi selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 lalu.

https://www.instagram.com/p/B7NHfhZF8sv/

Tup-tup tak ada angin dan ribut, seorang netizen telah menuduh Man Raja Lawak sebagai penipu dan janjinya untuk menghulurkan bantuan sebanyak RM50,000 itu sebagai cakap kosong semata-mata. 

Menerusi perkongsian Man sendiri di Instagram, lelaki ini juga berkata, disebabkan penipuan itulah populariti Man semakin menurun. Pulakkk! 

balai

Tidak hanya mendiamkan diri, Man pada masa yang sama membalas untuk bersemuka dengan individu terbabit untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Jom dik jumpe abg kat balai.. abg tunjuk smue bukti depan mata ko nanti.. lepas tu abg saman ko pulak.. abg dpt duit 4 juta abg bagi sumbangan lagi pasal abg mmg nak nampak HERO di mata masyarakat.”

 

“Saman la… kita tengok siapa yang menang kes”

Walau bagaimanapun, individu berkenaan kembali membalas di ruang komen yang dia mencabar Man untuk mengemukakan saman dan lihat siapa yang menang kes ini di mahkamah. Amboi! 

saman

Apa-apapun, rakan artis seperti Shuib dan netizen lain ‘back up’ Man Raja Lawak dan mengatakan tuduhan tersebut tak berasas langsung.

bang man baik

Kalau betul tuduhan tu fitnah, tak baik jatuhkan orang dengan cara macam ni. 

Baca: “Time macam ni lah artis nak tolong peminat” – Man Raja Lawak Sumbang RM 50 Ribu Kepada Yang Memerlukan

raja lawak

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram