in

Konon Terdengar Bisikan Ghaib, Suami ‘Hentak’ Kepala Isteri Dengan Lesung Batu Sampai Ajal

Ft Bunuh Final

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Ungkapan itu sesuai ditujukan buat hubungan suami isteri yang sering bertengkar yang menjadi ‘rencah’ dan asam garam dalam kehidupan berumah tangga.

Kesabaran yang tinggi perlu dipratikkan dalam diri isteri mahupun suami agar pertengkaran yang berlaku itu tidak bertukar menjadi asbab yang boleh merosakkan hubungan suami isteri sehingga berlakunya kecelakaan yang tidak disengajakan.

 

Isteri ‘dihentam’ dengan lesung batu

Malang bagi pasangan suami isteri ini apabila pertengkaran yang berlaku bertukar menjadi mimpi ngeri apabila si isteri menemui ajal gara-gara ‘dihentam’ di kepala oleh si suami dengan menggunakan lesung batu!

Memetik laporan Liputan6, si suami yang dikenali sebagai MT yang berumur 42 tahun telah ditangkap oleh pihak polis selepas tergamak membunuh isterinya sendiri yang dikenali sebagai NH yang berumur 35 tahun dengan cara yang sangat sadis.

Suspek telah ditangkap di rumahnya di daerah Maros, Sulawesi Selatan pada 2 November, Isnin lepas.

 

Duduk sebelah mayat isteri

Insiden itu disedari oleh ibu mertua suspek yang datang ke rumah mereka pada keesokan paginya dan melihat menantunya itu hanya duduk termenung di sisi mayat isterinya yang dipenuhi dengan darah.

Wanita itu ada bertanyakan kepada suspek tentang siapa yang melakukan pembunuhan ini dan suspek mengaku bahawa dia yang melakukannya gara-gara khilaf.

Wanita berkenaan terus bertindak untuk mengadu kepada Imam dan ketua kampung itu berkenaan insiden yang terjadi. Polis juga turut hadir tidak lama kemudian untuk menahan suspek di rumahnya.

Menurut polis, suspek dikatakan tidak melawan sewaktu ditahan pihaknya. Dia juga dikatakan hanya duduk terdiam di samping jenazah isterinya dari malam pembunuhan sehinggalah ke pagi.

Bunuh 1 1

Feat Bunuh

 

Berdasarkan siasatan, suspek telah bertindak untuk membunuh isterinya dengan menggunakan lesung batu dan sebatang kayu yang berukuran 40 sentimeter pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan.

 

Isteri sedang tidur, terdengar bisikan ‘ghaib’

Ketika malam kejadian, isterinya itu sedang tidur dengan nyenyak di rumah mereka. Suspek telah mengambil kesempatan dengan mengambil lesung batu dan sebatang kayu lalu bertindak memukul kepala isterinya yang sedang tidur sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan teruk sebelum isterinya itu menemui ajal di tempat kejadian.

Lesung

Suspek mengakui bahawa dia ada terdengar bisikan ‘ghaib’ yang menyuruhnya untuk membunuh isterinya sendiri.

Dalam bisikan itu, suspek mendakwa telah mendengar bahawa isterinya itu telah berlaku curang dengan lelaki lain. Bukan itu sahaja, dia turut mendengar bisikan yang mengatakan bahawa isterinya juga akan berkahwin dengan lelaki lain.

Hal itu menyebabkan suspek hilang kawalan dan bertindak untuk menghentak lesung batu ke kepala isterinya sehingga meninggal dunia.

 

Pernah hidap Malaria

Walau bagaimanapun, setelah siasatan lanjut dijalankan, suspek telah disahkan mengalami gangguan mental.

Suspek juga dikatakan pernah ke Papua dan menderita penyakit Malaria ketika berada di sana. Sekembalinya ke kampung halaman, sikapnya dikatakan berubah menjadi ‘aneh’.

Oleh itu, pihak polis telah memutuskan untuk menjalankan pemeriksaan psikologi terhadap suspek di Hospital Bhayangkara Makassar. Sehingga kini pihaknya masih menunggu hasil pemeriksaan psikologi suspek yang telah dijalankan itu.

Sakit mental bukan boleh dipandang remeh. Takut membahayakan orang tersayang. 

Baca: “Dengar suara malaikat sebelum bunuh anak” – Kes Bayi Dilumur Garam & Dibunuh Bapa, Ada Kaitan Dengan Ajaran Sesat? Baca Bisik