in

Kongsi Pengalaman Perit Keluarga Pernah Dihalau, Bella Hadid Gesa Pemimpin Henti Perang Gaza

Ft Bella Hadid Gesa Hentikan Keganasan 1

Supermodel terkenal, Bella Hadid menggunakan pengaruhnya untuk mengajak masyarakat dari seluruh dunia untuk terus menekan pemimpin mereka agar tidak melupakan keganasan yang berlaku ke atas penduduk Gaza untuk dihentikan.

Menurutnya, peperangan mempunyai undang-undang antarabangsa dan ia harus ditegakkan walau apa jua cara sekalipun. Malah, Bella menjelaskan bahawa terdapat krisis kemanusiaan terbesar di Gaza dan ia harus ditangani.

Artikel Berkaitan : “I’m not afraid to lose job” – Pengakuan ‘Berani’ Bella Hadid Sokong Palestin Buat Ramai Kagum

Artikel Berkaitan : “Sampai post kena remove” – Netizen Puji Model Bella Hadid, Berani Suarakan Isu Penindasan Palestin

Mohon maaf kerana berdiam diri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella ? (@bellahadid)

“Saya perjuangkan hak kemanusiaan, mengetahui bahawa keamanan dan keselamatan adalah milik kita semua.”

“Mereka memerlukan akses kepada air dan makanan. Hospital memerlukan minyak untuk menghidupkan generator bagi menyelamatkan mereka yang cedera dan memastikan orang ramai terus hidup.”

“Justeru, kita semua mesti bersama-sama pertahankan hak kemanusiaan dan mempunyai belas kasihan serta menuntut pemimpin kita berbuat yang sama.”

“Saya percaya semua agama menghormati konsep keamanan. Cuma kerajaan saja yang korup dan jalinan kedua-duanya menjadikan ia dosa terbesar sedangkan kita semua adalah satu kerana Tuhan menciptakan semua manusia setara.”

Menerusi Instagram miliknya, Bella turut memohon maaf secara terbuka kerana selama ini berdiam diri berkenaan peristiwa berdarah yang kini sedang penduduk Palestin alami.

Bagaimanapun, Bella akui dia rasa tidak dapat terus mengunci mulut melihat kekejaman itu berlaku lalu memilih untuk bersuara biarpun keselamatan diri dan keluarganya terancam.

Screenshot 2023 10 27 153558

Maafkan kerana saya berdiam diri. Ini kerana saya belum menemui kata-kata yang sesuai untuk senario mengerikan sejak dua minggu lalu yang menyaksikan perhatian dunia dialihkan terhadap situasi meragut banyak nyawa tidak berdosa dan menjejaskan banyak keluarga selama berdekad-dekad.

“Setiap hari saya dikirimkan beratus-ratus ancaman bunuh. Malah nombor telefon saya dibocorkan dan keluarga saya juga berada dalam bahaya. Tapi saya tak boleh mengunci mulut.”

“Ketakutan bukan menjadi pilihan. Penduduk dan anak-anak Palestin khususnya di Gaza tak boleh menerima jika kita membisu. Kita penakut tapi mereka yang berani,” katanya.

Berketurunan Palestin, Bella dakwa keluarganya menyaksikan 75 tahun keganasan

Jelasnya setiap individu tidak harus dijauhkan daripada keluarga mereka, tidak kira sementara waktu atau selamanya.

“Melihat kesan daripada serangan udara di Gaza, saya berduka dengan semua ibu yang kehilangan anak dan anak-anak yang menangis sendirian, mereka yang kehilangan bapa, abang, kakak, pakcik, makcik.”

Pun begitu, Bella tidak menafikan rasa simpatinya terhadap nasib yang menimpa keluarga Israel yang terpaksa berdepan dengan serangan mengejutkan pada 7 Oktober lalu.

Screenshot 2023 10 27 153528

“Tak kira sejarah mereka, saya mengutuk apa saja serangan pengganas ke atas nyawa orang awam di mana-mana. Mencederakan wanita dan kanak-kanak serta menyebabkan keganasan tidak membawa kebaikan untuk gerakan Free Palestine.”

Bella juga mengimbau saat keluarganya bersama 750,000 penduduk Palestin diusir pada 1948 saat bapanya yang baru 9 hari dilahirkan di Nazareth.

“Sembilan hari selepas dia dilahirkan, dalam pangkuan ibunya, bersama-sama keluarganya telah diusir dari rumah mereka atau Palestin yang menjadi tempat berlindung. Datuk dan nenek saya tak dibenarkan untuk kembali ke sana.”

Screenshot 2023 10 27 153618

“Keluarga saya telah menyaksikan 75 tahun keganasan terhadap penduduk Palestin – terutamanya, pencerobohan brutal yang membawa kepada kemusnahan seluruh komuniti, pembunuhan kejam dan penyingkiran keluarga secara paksa dari rumah mereka.”

Jelas Bella lagi, dia tidak dapat membayangkan kesakitan akibat penindasan yang berlaku dan masih berlarutan sehingga kini.

Sumber: Instagram, Malaysiakini