Biarpun diharuskan dalam hukum syarak, namun amatlah digalakkan untuk seseorang itu berkahwin dengan dengan individu asing atau selain kerabat ahli keluarga agar dapat menjaga zuriat daripada sudut kesihatan.
Bagaimanapun, jodoh sudah tertulis untuk menentukan siapa yang menjadi pasangan kita, ada antara mereka berkahwin dengan sepupu sendiri kerana secara tuntasnya, ia bukanlah satu larangan.
Artikel berkaitan : “Cara Syamimia pertahankan diri seolah mencabar netizen” – Iqbal Zulkefli Beri Nasihat Pada Syamimia
Artikel berkaitan : Kahwin Antara Sepupu Diharuskan Dalam Islam, Tapi Kenapa Ramai Cakap Bahaya?
Baru-baru ini, ada seorang pempengaruh terkenal kongsikan saat dia bertemu jodoh dengan suaminya yang juga sepupunya sendiri.
Dia mengimbau pertemuan itu kerana waktu mereka mula bersua adalah ketika berada di kampung untuk beraya.
Apa yang dikongsikan oleh pempengaruh tersebut telah menarik perhatian netizen dan ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi mereka.
Ada yang kata ia bukan satu masalah kerana berkahwin dengan sepupu sendiri tidak jatuh hukum haram, tetapi ada yang kurang selesa dengan caranya mendedahkan perkara tersebut kerana mereka anggap ia tidak patut dikongsikan.
Hurm, mungkin dia saja-saja nak kongsi kot pengalaman hidup.
Sumber : Mufti WP Kuala Lumpur, Thread