in

Kongsi Gambar Berjaya Tawan Gunung Kinabalu, Instagram Pelakon Korea Selatan Lee Min-ki Dibanjiri Komen Peminat Malaysia

Gunung Kinabalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, memang ramai pelancong Korea Selatan yang gemar melancong ke negeri di bawah bayu iaitu negeri Sabah kan. Mana taknya, dekat Sabah ada banyak pulau-pulau yang cantik dengan air laut yang jernih, dan Gunung Kinabalu juga menjadi tumpuan pelancong Korea kerana kebanyakan daripada mereka gemar mendaki gunung.

Beberapa hari lepas pula, pelakon Korea Selatan yang popular dengan k-drama Because This is My First Life dan My Liberation Notes, Lee Min-ki telah memuat naik gambar-gambar dirinya mendaki Gunung Kinabalu.


Gunung Kinabalu

Artikel Berkaitan: “Mcm mana nak makan” – Pelancong Korea Order Roti Tisu Dekat Kedai Mamak Buat Netizen Geli Hati

Artikel Berkaitan: “Walaupun slang jawa…” – [VIDEO] Netizen Tergamam Lihat Pemandu Pelancong Sabah Cakap Korea

Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat ramai peminat Malaysia mengucapkan selamat datang ke Sabah dan tahniah kepada pelakon ini kerana berjaya mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu.

Selain itu, Lee Min-ki turut berkongsi video pengalamannya datang ke Sabah menerusi Instagram.

Sekarang ni memang orang Korea yang datang melancong ke Sabah kan. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.