in

Konflik 2 Tahun Bakal Tamat, Trump Umum Israel & H*mas Sepakat Fasa Pertama Pelan Damai G*za

trump umum pelan damai palestin israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal hari ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju secara rasmi terhadap fasa pertama pelan damai yang dirangka AS, sekaligus menandakan detik bersejarah dalam usaha menamatkan konflik dua tahun di Gaza.

Dalam kenyataan rasminya di White House dan platform Truth Social, Trump menyifatkan persetujuan tersebut sebagai pencapaian luar biasa yang melibatkan pembebasan tebusan, pengunduran tentera Israel ke garisan yang dipersetujui dan penubuhan jawatankuasa teknokrat Palestin bagi menguruskan hal ehwal Gaza.


SnapInsta.to 560523387 18309771178219421 9079175471518799568 n

Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan Fasa Pertama Pelan Damai kami. 

“Ini bermakna SEMUA tebusan akan dibebaskan tidak lama lagi, dan Israel akan menarik balik tentera mereka ke garisan yang dipersetujui sebagai langkah awal ke arah keamanan yang kukuh, berkekalan dan abadi,” kata Trump.

Dalam pada itu, Trump juga menegaskan semua pihak akan dilayan secara adil dan menyifatkan hari ini merupakan ‘hari yang hebat buat dunia Arab dan Islam, Israel, negara-negara serantau dan AS’.

Artikel berkaitan: “Dia nampak baik” – Donald Trump Pertimbang Untuk Bantu P.Diddy Bebas Hukuman Penjara

Artikel berkaitan: “Dia perlu jumpa doktor” – Donald Trump Perlekeh, Sifatkan Greta Thunberg Sebagai ‘Troublemaker’

Selain itu juga, Trump mengucapkan penghargaan buat negara-negara perantara iaitu Qatar, Mesir dan Turkiye atas kejayaan rundingan berkenaan.

Berkatilah kepada semua pendamai!” tulisnya lagi.

Berita mengenai pelan damai berkenaan juga telah diterima baik oleh rakyat Palestin dalam satu video tular memaparkan mereka meraikan pengumuman berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muslim (@muslim)

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.