Komuniti Bajau Laut di Pulau Omadal baru-baru ini mengalami peristiwa sedih dimana salah seorang warga mereka difahamkan telah meninggal dunia gara-gara lemas yang diakibatkan terkena serangan sawan kerana gembira dengan kedatangan pelancong yang membawa makanan dan duit.
Pun begitu, pihak Iskul Sama di Laut Omadal, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan peluang kepada kanak-kanak dengan kepentingan terbaik mereka, dan menghormati budaya lama masyarakat tempatan telah mengeluarkan kenyataan bagi membawakan naratif mangsa dan kepayahan kehidupan komuniti bajau laut.
Difahamkan, komuniti di sana telah sekian lama menghadapi pelbagai situasi sukar angkara kebiadapan para pelancong yang berkunjung ke Omadal.
View this post on Instagram
Menurut dakwaan mereka, komuniti dan anak-anak komuniti berkenaan sering dianggap sebagai objek selain pelancong akan menggunakan duit dan makanan sebagai daya tarik bagi memenuhi kepentingan mereka demi hiburan dan gambar eksotik.
Tambah mereka lagi, disebabkan tiada adab dan rasa hormat kepada komuniti, para pelancong dikatakan sering mengambil gambar kanak-kanak tidak berpakaian yang jelas melanggar undang-undang negara (Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak).
Kalau nak diikutkan, para pelancong perlu mendapatkan slip kebenaran dan menyerahkannya kepada balai polis berdekatan sebelum melawat pulau tersebut.
View this post on Instagram
Namun, peraturan ini sering kali diabaikan, secara tak langsung mendedahkan komuniti terhadap bahaya dan oleh itu sistem pengurusan serta penguatkuasaan yang sistemik kepada setiap pelancong yang berkunjung ke pulau berkenaan perlu dilaksanakan.
Selain itu, komuniti berkenaan turut menyeru pihak berkuasa tempatan dan negara untuk membawa perubahan terutamanya dari segi pengawasan yang lebih ketat terhadap isu pelancongan di Pulau Omadal.
Menurut aktivis, Shakila Zen yang dihubungi oleh pihak kami berkata pelancongan seperti ini harus dihentikan kerana ianya secara tak langsung mempromosikan mentaliti feudalism selain mengajar orang untuk merendah-rendahkan golongan lain.
Tambahnya lagi, perkara ini juga menyebabkan berlakunya eksploitasi terhadap golongan bajau laut selain ada pihak yang mengambil kesempatan atas kelemahan sistem ini.
Baca : “Hebat raih simpati hingga berlakon” – Pemuda Dedah Penduduk Pulau Tatagan Sebenarnya Memang Muslim?