in

KL, Selangor & Johor Catat Kes Gangguan Seksual Paling Tinggi Di Malaysia!

Untitled Design 2022 06 09T153707.014

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gangguan seksual ialah perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks dan biasanya dilakukan berulang-ulang.

Perkara ini dilihat amat serius kerana mangsa gangguan seksual ini bukan sahaja akan mengurangkan fokus ketika bekerja atau pembelajaran tetapi ia juga boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti kemurungan atau anxiety.


Untitled Design 2022 06 09T153355.878

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor merekodkan kes gangguan seksual tertinggi di Malaysia.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata perkara ini terjadi disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi di tiga negeri tersebut dan kerajaan akan sentiasa mengambil serius dan berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga menyarankan ibu bapa dan keluarga untuk mengambil berat dan sentiasa cakna kepada anak-anak dalam membendung kes gangguan seksual ini.

“Begitu juga dengan jiran tetangga yang harus peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat sama-sama membantu mengurangkan kes membabitkan seksual dalam kalangan masyarakat.

Tidak cukup dengan itu, ilmu perlu diterapkan dalam diri setiap individu selain kawalan terhadap aktiviti di sosial media dalam kalangan anak muda bagi mengurangkan kes seksual berkenaan,” katanya.

Jika anda mengalami gangguan seksual di tempat kerja atau di mana sahaja, cepat-cepat laporkan kepada pihak berkuasa ya!

Baca: “Umpan wang” –  YouTuber Dee Kosh Mengaku Bersalah Atas Gangguan Seksual Kepada Remaja Lelaki

Untitled Design 2022 06 09T153225.930

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.