Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lama lagi akan mengumumkan rangka kerja untuk membolehkan produk kanabis (CBD) tertentu dapat didaftarkan menjelang tahun depan.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, rangka kerja itu akan dikeluarkan tahun ini.
“KKM komited terhadap bukti dan sains, jadi maksudnya jika sains menunjukkan kita ke arah tertentu, maka kita tidak boleh mengelak.”
Tambah Khairy, produk CBD sepatutnya untuk tujuan ubatan sendiri, dan dibawah rundingan pengamal kesihatan profesional.
Tambahnya, latihan dan pendidikan pegawai perubatan diperlukan untuk memastikan mereka memahami keadaan yang membenarkan preskripsi produk CBD.
“Ia perlu mengikut langkah dan ditentukur dalam cara kita melakukan ini.”
“Saya rasa ita sudah bersedia; perbahasan telah berguna. Tahun depan adalah sasaran yang baik.”
Pada April, Khairy berkata kementerian mengalu-alukan mana-mana penyelidikan yang dimulakan oleh industri atau akademi untuk kegunaan perubatan CBD, lapor NST.
Pada 17 Nov 2021, beliau berkata permohonan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk penilaian dan pendaftaran sekiranya terdapat bukti saintifik yang mencukupi untuk dipasarkan.
Baca : “Tiba masa Malaysia iktiraf penggunaan kanabis” – Syed Saddiq Bersolidariti Dengan Yasin Sulaiman