in

KJ Minta Majikan Galakkan ‘Remote Working’ Atau Berkerja Dari Rumah Buat Masa Ini

kj saran work from home

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah terang lagi bersuluh, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita kini adalah diakibatkan oleh gelombang Omicron yang sedang melanda.

Semalam sahaja, Malaysia telah mencatatkan kes positif harian yang agak tinggi dengan sebanyak 26,701 kes.


Disebabkan situasi tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media semalam meminta majikan di negara ini untuk menggalakkan semula ‘remote working’ atau bekerja dari rumah.

Walaupun kita yakin kita dapat mengharungi gelombang Omicron dan kesannya nanti tidaklah seburuk gelombang Delta.

“Namun demikian adalah lebih baik di mana kita boleh dielakkan meeting, perjumpaan dan apa-apa urusan pekerjaan secara fizikal buat masa ini, sangat-sangat disarankan untuk menggalakkan work from home. 

“Saya harap dan saya mohon di mana boleh kita minta majikan untuk menggalakkan remote working atau bekerja dari rumah buat masa ini,” kata Khairy.

Perkara yang dikongsikan oleh Khairy ini telah mendapat komen yang positif daripada netizen, malah ada yang mengharapkan supaya ia diwajibkan kerana ada sesetengah syarikat masih memilih untuk bekerja seperti biasa di pejabat.

Apa-apapun semoga kita sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan KKM bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID 19. 

Baca: Individu Yang Jadi Kontak Rapat Kini Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin-KJ

fi KJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.