in

KJ Beri Bayangan Untuk Jadikan Dos Penggalak Sebagai Pelengkap Vaksinasi

page booster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) sebelum ini pernah menyatakan bahawa Malaysia masih lagi jauh dari fasa endemik malah kes baharu harian bagi Covid-19 masih lagi membimbangkan.

Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi bayangan bahawa pihak mereka tidak menolak kebarangkalian untuk menjadikan dos penggalak sebagai pelengkap vaksinasi bagi mereka yang telah lengkap dua dos vaksin sebelum ini.


Tambah KJ lagi, kemungkinan itu agak tinggi memandangkan negara berisiko dengan gelombang baharu bermula Disember ini dan juga kemunculan varian baru Omicron yang boleh menyebabkan keberkesanan vaksinasi dalam badan manusia semakin menurun.

omicron

Ini kerana, KJ sendiri memberi pandangan yang positif mengenai perkara tersebut selepas melihat sendiri negara-negara luar yang telah melaksanakan langkah itu dan kadar jangkitan dapat dibendung dengan baik.

“Kalau kita dapati kes meningkat dan kemasukan ke hospital meningkat, disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap itu penerima series primer dan dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan yang sama. Tetapi ketika ini, belum lagi” – KJ

Sebelum ini, KJ mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan dos penggalak bagi tiga jenis vaksin bagi semua yang berusia 18 tahun dan ke atas amatlah disyorkan sebagai usaha untuk mengelakkan lebih banyak jangkitan Covid-19 daripada berlaku.

vaksin cucuk

 

Bukan itu sahaja, KJ juga memaklumkan bahawa ketika ini ancaman besar untuk penduduk menerima untuk menerima dos penggalak adalah mereka yang digelar ‘Whatsapp group’ warga emas.

Ini kerana, menurut Astro Awani, KJ memberitahu yang ianya agak sukar bagi pihaknya untuk membendung berita palsu yang dikongsikan dalam aplikasi tersebut sehingga menjejaskan temujanji mereka untuk mendapatkan dos penggalak.

Baca: “Kajian keberkesanan vaksin sedang dijalankan” – WHO Isytihar Varian Baru COVID-19, Omicron Sebagai Membimbangkan

untitled 1 17

Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.