Bermcam-macam berita palsu yang tersebar berkenaan dengan virus Corona ini, sehingga ada yang melabelkan rakyat dari negara tersebut yang hadir ke negara ini menjadi ‘kambing hitam’ dan dakwa sengaja menyebarkan virus tersebut.
Curiga dengan berita itu, Balqis yang mempunyai rakan dari China bertanyakan pasal isu ini, ternyata segala kahabr angin yang tersebar itu palsu dan membuka mata terhadap tanggapan negatif kita terhadap negara itu selama ini sebenarnya salah!
Kita orang tak sebodoh tu”
Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini merupakan musim raya tahun baru Cina, dan kebanyakan rakyat China yang berada di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk meraikannya.
Di China, mereka mendapat 7 hari cuti sempena perayaan tersebut dan seperti kita yang kita tahu, sekarang ini, Wuhan tengah membuat sekatan daripada keluar masuk rakyat mereka berikutan penyabaran virus ini.
Tapi, sebelum berlakunya sekatan itu, 5 million rakyat mereka dah berlepas dari Wuhan untuk pulang ke kampung halaman mereka.
Jadi, kita semua sedia maklum bahawa Coronavirus ini memang misteri, penghidap tak akan dapat sebarang petanda ketara tapi bila virus yang tersembunyi itu mula membiak dalam badan, penghidap akan break out dan masa itu dah terlambat.
Maknanya disini mereka tidak lah sebodoh mana yang disangka untuk menyebar virus dengan sengaja, sebab mereka sendiri tak tahu. Hadam kan apa yang dikatakan oleh rakyat China ini lagi.
Kitaorang tak makan pun haiwan-haiwan liar tu!”
Katanya lagi, penjualan haiwan liar itu sebenarnya dilakukan secara haram, memang ada orang yang nak makan haiwan tersebut tapi itu hanya golongan tertentu sahaja.
Dakwaan mengatakan budaya makan haiwan liar itu tidak benar sama sekali, apa yang kita dapat lihat di internet itu sebenarnya mereka hanya mahukan perhatian.
Betul juga kata dia ni, kalau kita makan telur tak ada sapa yang nak bagi perhatian kan?
Katanya, dia dan kelaurga sekarang hanya duduk di rumah, pakai topeng dan banyak cuci tangan. Malah berikutan dengan berita yang rakyat China sengaja ke Langkawi untuk lari dari terkena virus itu tidak benar.
Ya lah, mereka sendiri tak tahu virus itu ada dalam badan malah kalau boleh mereka nak mati di tanah air sendiri.