in

“Kita yang diuji sebenarnya..” – Netizen Puji Wanita Ini Bantu Pak Cik Perlukan Wang

pakcik 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak di tempat umum, anda ditegur oleh stranger yang meminta bantuan daripada anda? Kalau pernah, ada mungkin boleh relate dengan cerita ini.

Beberapa hari lepas, seorang pengguna TikTok memuat naik satu video dia ditegur oleh seorang pak cik ketika sedang duduk di dalam kereta.


https://www.tiktok.com/@liyana_san/video/7293146010782682369?_r=1&_t=8gqbDQzJEGo

Wanita ini pada asalnya sedang memanaskan enjin kereta di satu tempat sebelum pulang ke rumah. Tiba-tiba, dia ditegur oleh seorang pakcik yang tidak dikenali meminta sejumlah wang untuk mengambil motosikalnya di bengkel.

Menurut pak cik tersebut, dia tidak dapat mengeluarkan wang melalui akaun bank kerana baki dalam simpanan tidak mencukupi. Oleh itu, dia mahu meminjam wang daripada wanita tersebut dan akan memulangkan semula duit yang dipinjam.

Kalau boleh tolonglah. Saya bayar balik. Dalam bank saya ada RM14 ja tak boleh keluar.. Saya nak keluarkan duit tadi.. Baki melebihi simpanan. Saya check baki RM14.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Rider Bawa Anak Hantar Order Makanan, Netizen Terharu Lihat Abang Motor Sedekah Duit

Artikel berkaitan: “Anggap rezeki untuk kamu” – [VIDEO] Peniaga Pasrah Kedai Gajet Banjir, Sedekah Je Jika Masih Berfungsi

Nampak wajah pak cik tersebut betul-betul memerlukan bantuan, wanita ini memberikan sejumlah wang kepada pak cik itu tetapi tidak diketuai berapa nilainya.

Ada orang nak pinjam duit, tapi saya akan sedekah sahaja. InsyaAllah

Pak Cik ini berkata, jumlah yang tidak cukup untuk membayar kepada bengkel motor sebanyak RM26 sedangkan jumlah asalnya adalah RM38. Namun begitu, pak cik itu meminta sedikit lagi wang untuk membeli air mineral dan roti.

Setelah memberikan wang, pak cik itu sempat menitipkan doa untuk wanita tersebut.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berterima kasih dengan wanita ini kerana bersikap murah hati membantu orang dalam kesusahan.

pakcik 3 pakcik 4

Tetapi, ada pula segelintir netizen mendakwa mereka pernah bertemu dan menolong orang yang sama. Namun, wanita tersebut membalas dia hanya menganggap bantuan itu sebagai sedekah.

pakcik 1

Apapun kita doakan akak dan pakcik ni dimurahkan rezeki ya!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.