in

“Kita undi awak je lah!” -[VIDEO] Lelaki Reka Busana Guna Bendera Parti Politik, Siap ‘Catwalk’ Lagi!

Catwalk Pru15 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim Pilihan Raya Umum (PRU15) ini menampilkan pelbagai jenis kempen yang dilakukan oleh parti-parti politik bagi meraih undi rakyat Malaysia demi masa hadapan negara kita yang tercinta ini.

Pun begitu, kita dapat lihat trend kebelakangan ini di mana ramai individu yang mengambil kesempatan musim PRU15 kali ini untuk berkongsi kreativiti mereka dalam pelbagai cara.


Sebelum ini, ada peniaga yang menjual manisan dengan logo-logo parti politik dan yang terbaru seorang pereka fesyen amatur menggunakan platform TikTok untuk berkongsi busana-busana yang direkanya dengan menggunakan bendera-bendera parti politik.

@wafieyneedu

Opening show 2022 Pru15 – Barisan Nasional #pru15 #politik #barisannasional #umno #fyp #tiktok #tiktokmalaysia

♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – pole 💋💅🏻✨

Pengguna TikTok @wafieyneedu berkongsi busana opening bagi PRU15 kali ini dengan mereka gaun menggunakan bendera serta kain rentang parti Barisan Nasional, video berdurasi 24 saat itu setakat ini telah mencecah 2.6 juta tontonan. Bukan biasa-biasa! 

Rekaan gaun serba biru itu menggunakan potongan gaun ala Hollywood yang ditambah dengan pleat di bahagian atas serta mempunyai trail yang sangat panjang dan meleret. Pemuda itu juga memakai aksesori di kepalanya, lagi tambah glamor!

Selain itu, pemuda tersebut turut berkongsi busana seterusnya akan menggunakan bendera dengan logo Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan potongan yang lebih fitted beserta reben besar di bahagian belakang dan juga ada trail yang panjang.

@wafieyneedu

Membalas kepada @Gudang kakbee in the making 🌱

♬ Shut Down – BLACKPINK

“Kreatif betul, inilah high fashion sebenar!” 

Kreativiti pemuda itu sudah pastinya menarik perhatian netizen dan video-video berkaitan rekaannya itu mencecah jutaan tontonan.

Ramai netizen yang memuji rekaan serta ideanya, malah ramai juga yang tidak sabar dengan baju bertemakan parti lain yang seterusnya.

Pructwlk

Sebelum ini, pemuda tersebut juga pernah tular di media sosial kerana membuat busana ball gown menggunakan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14. Dah macam dress dekat KL Fashion Week!

@wafieyneedu

Anda mahu PRU15? #pru15 #viral #fyp #ballgown #tiktokmalaysia #tiktok

♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – pole 💋💅🏻✨

Berbakat betul, tak sabar nak tengok busana seterusnya!

Baca: Kreatif! Peniaga Sate Ini Guna Nama Parti Politik Untuk ‘Marketing’ Kedai

Ft Gerai Sate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.