Susulan konflik yang berlaku melibatkan anak-anaknya sejak beberapa hari ini, akhirnya ibu kepada Shila Amzah tampil membuka mulut memberi kenyataan mengenai isu yang timbul.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, selain meluahkan rasa kecewa terhadap sikap anaknya yang didakwa melemparkan kata-kata kesat kepadanya, Fauziah Sarman juga seakan-akan memerli suami kepada Shila Amzah.
Artikel berkaitan: “Mak tak reda apa yang Shila buat” – Terguris Dengan Kata-kata Kesat, Ibu Belum Maafkan Shila
Artikel berkaitan: “Ajar sikit bini. Kau pun mak dah meninggalkan?”- Ubai Anggap Adik Ipar Biadab
View this post on Instagram
Katanya, dia dan menantunya itu tidak mempunyai perbezaan dek kerana sama-sama menumpang kemewahan orang lain.
“Untung ‘orang luar’ yang pernah emak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan emak begini.
“Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.
“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah,” tulis Fauziah.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut yang dikongsikan pagi tadi telah dipadam oleh Fauziah. Sejak isu kontroversi melibatkan anak-anaknya, Fauziah turut tidak terkecuali dikritik netizen.
Terdahulu, Ubai ada menyatakan tindakan adik iparnya iaitu Shafiq yang ‘menyerang’ isterinya di platform media sosial sudah melampaui batas.
Ubai turut mendedahkan sikap Shafiq yang dianggap biadab kerana melibatkan arwah ibunya yang menjadi faktor untuk dia mendedahkan ‘derita’ yang dilalui Shila sepanjang 33 tahun hidup.
Harapnya, keluarga ini bersatu kembali selesaikan persengketaan yang tercetus dengan cara baik.
Sumber: mStar