in

“Kita tengoklah…” – Peguam ‘Abang Bas’ Sudah Fail Saman Terhadap 2 Selebriti Wanita

abang bas dah fail saman selebriti wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan lagi gertak, dua selebriti wanita yang didakwa menimbulkan fitnah kepada Abang Bas bakal dikenakan tindakan undang-undang tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan oleh peguam kepada Abang Bas iaitu Datuk Ahmad Zaharil yang menyatakan bahawa pihaknya sudah pun memfailkan saman terhadap dua selebriti berkenaan yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki tersebut.


Bagaimanapun Zahiril menjelaskan saman tersebut difailkan oleh peguam lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Artikel berkaitan: “Dia budak baik” – Peguam Dakwa Abang Bas Tak Tahu Maksud ‘Crush’

Artikel berkaitan: “Kenapa poksu tak ambik caca?” – Kakak Abang Bas Sedih, Anak Tanya Kenapa Pakcik Tak Ambil Di Sekolah

Abang Bas 2 1 e1726561430917

“Kami sudah failkan saman (terhadap dua selebriti) manakala untuk netizen belum lagi.

“Bukan saya yang failkan tetapi peguam lain iaitu anak didik saya. Saman itu kepada dua selebriti wanita

“Yang dua orang selebriti tu kita tengok jelah… bukan nak cakap apalah, yang kita nampak hukum karma,” katanya.

@mstarmalaysia

Bukan lagi gertak, peguam ‘Abang Bas’ sudah fail saman terhadap 2 selebriti wanita #beritatiktok #mstar #abangbas

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Mengenai perkembangan terkini Abang Bas, katanya lelaki berkenaan telah memulakan kerja baharu dan hidup ‘low profile’.

Sebelum ini, Zaharil pernah menyatakan sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil, pihak terlibat masih berkesempatan membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas.

Terdahulu, pemandu bas terbabit didakwa di Mahkamah Muar pada September lalu atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan, namun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara kes itu disebut semula.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.