in

“Kita tak sangka dia yang terbabit” – Presiden Seniman Terkejut Artis Popular Terlibat Kes Amang Seksual

artis terkenal amang seksual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, media sosial heboh tentang seorang penyanyi dan pelakon popular terbabit dengan kes amang seksual yang didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun.

Bahkan, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, mengakui terkejut dan tidak menyangka artis terkenal itu terlibat dengan dakwaan jenayah tersebut.


“Memang saya sangat terkejut dan kita tidak sangka dia yang terbabit. Tapi, itulah dunia sekarang ini, kita tak boleh jangka.

“Kadang-kadang orang itu baik, tiba-tiba sebaliknya pula. Kadang-kadang orang ini kita nampak ‘jahat’, tapi sebaliknya. Jadi benda-benda ini, memang sekarang sangat sukar dijangka,” katanya.

Artikel berkaitan: Posting Caprice Berkenaan Artis Terkenal Terlibat Kes Amang Seksual Tarik Perhatian Netizen, Ramai Mula Berteka-teki

Artikel berkaitan: “Tak rakam, kata fitnah. Korang nak apa?” – Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Tanya Soalan Tak Bijak

hm262zed 1692277740

Bagaimanapun, Zed menyatakan penyanyi itu belum lagi didapati bersalah kerana siasatan terperinci masih dijalankan pihak polis dan biarlah undang-undang yang menentukannya.

Dalam pada itu, Zed mengingatkan serta menasihati golongan artis agar berhati-hati supaya tidak terbabit dengan sebarang perbuatan yang terkait individu di bawah umur dan kanak-kanak.

“Pada masa sama, artis kenalah berhati-hati terutama dalam media sosial. Sekarang ini bukan macam dulu dan kadang-kadang tidak boleh nak salahkan artis 100 peratus juga.

“Cuma, kalau isu-isu yang membabitkan artis ini selalu mendapat liputan lebih meluas dan lebih pantas oleh pengamal media serta masyarakat,” katanya lagi.

Menurut Zed, pihak persatuan akan menunggu keputusan pihak berkuasa sebelum menentukan tindakan yang bakal diambil mereka.

Menurut sumber Harian Metro, tinjauan di media sosial artis berkenaan mendapati tiada sebarang kemas kini terbaru dibuatnya dan hantaran terakhir dilakukan tiga hari lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan baharu, polis memaklumkan kertas siasatan kes melibatkan artis berkenaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.