in

“Kita tak kenal mereka” – Polis Thailand Dakwa Banyak Spekulasi Tentang Tangkapan Rakyat M’sia

syaz ft 2024 11 11T131151.455

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh mengenai penangkapan enam orang rakyat Malaysia di Thailand termasuk seorang penyanyi wanita di sebuah hotel dekat Golok.

Terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan enam individu terbabit diperangkap oleh  sesebuah pihak.


Artikel berkaitan: 6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Wanita Popular Kelantan Akan Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Hari Ini

Artikel berkaitan: “2 orang tu perangkap” – Keluarga Dakwa Penyanyi Wanita Kelantan Dikhianati Suspek Yang Masih Lolos?

cats 8

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan menidakkan khabar angin itu dan pihaknya menjalankan siasatan mengikut prosedur tanpa mengira status suspek sama ada melibatkan individu popular atau orang biasa.

Menurutnya, setiap kes disiasat secara adil tidak kira kesalahan dadah atau jenayah lain yang dilakukan di kawasan Sungai Golok.

“Kita tidak kenal mereka siapa. Ada yang mengatakan bahawa mereka diperangkap atau dikhianat apabila ada dakwaan bahawa dua individu yang dipercayai melarikan diri.

Siasatan mendapati, kesemua dadah itu dijumpai di bawah sinki di dalam bilik yang ada kesemua suspek.

Kita menjalankan operasi kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi di hotel itu sebelum menyerbu bilik keenam-enam suspek pada pukul 5 pagi dan mereka semua ada di situ,” kongsinya.

Selain itu, ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah dan kebiasaannya keputusan awal itu akan digunakan untuk setiap kes dadah.

Malah, keputusan forensik pil kuda yang dijumpai serta cap jari akan diperoleh tidak lebih daripada sebulan selepas tangkapan suspek.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.