Konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung malam tadi ternyata membuatkan ramai terpesona dengan persembahan para peserta.
Konsert pada kali ini turut menampilkan tiga pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein sebagai pengacara tetap program realiti itu.
Walaupun baru minggu pertama, ada sahaja perkara yang membuatkan penonton kurang senang dengan pengacara program itu.
Artikel berkaitan: “Lain betul mukanya” – Ramai Terkejut Tengok Penampilan Mamat Exist Sekarang
Artikel berkaitan: Lelaki Ceroboh Rumah Nabil Ahmad Siap Lepak, Makan & Tidur Kena Denda RM3,000
Dalam sedutan video yang dimuat naik di TikTok, Nabil Ahmad berseloroh tentang ketiadaan vokalis Exist, Mamat sebagai antara peserta bertanding pada musim kali ini ketika seorang lagi vokalis kumpulan tersebut, Ezad Lazim berjaya menempatkan diri sebagai peserta hot seat GV10.
https://www.tiktok.com/@arika_akira1511/video/7282407444423118088
Situasi bermula ketika Elly Mazlein bergurau ‘merajuk’ ketiadaan Mamat dalam pertandingan itu. Nabil kemudian menjawab pertanyaan Elly dengan nada bergurau.
“Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat,” kata Elly.
“Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi,” jawab Nabil.
Namun begitu, gurauan itu pantas disambut Jihan Muse dengan membalas, “Ah ya, dia (Mamat) tengah hiking.”
Dapat dilihat selepas melontarkan kata-kata tersebut, Jihan memberi reaksi muka ke arah Nabil seolah-olah memberi peringatan bahawa gurauan tersebut tidak sesuai untuk tatapan umum program siaran lansung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang dengan sindiran Nabil itu.
Untuk rekod, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Kamarudin merupakan pemenang tempat ketiga musim pertama GV tahun 2014.
Apa-apapun, kita doakan yang terbaik buat Mamat ya…
Sumber: TikTok