in

“Kita ramai graphic designer berbakat” – Altimet Gesa Badan Kerajaan Henti Guna AI Dalam Poster

Syaz Ft 2024 08 14T124132.505

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan artificial intelligence atau AI tidak dapat dinafikan dapat membantu dalam kerja-kerja di zaman moden ini.

Pun begitu, di dalam bidang kreatif ianya masih kelihatan kekok dan belum cukup setanding dengan karya-karya yang dihasilkan manusia.


Artikel berkaitan: Tular Gambar KLCC Kembar 3 Dalam Poster Rasmi IPD Brickfields, Syarikat Pengiklanan Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Selepas 4 Tahun, Poster Iklan Filem Mulan Di Stesen MRT Merdeka Akhirnya Diturunkan

Seperti yang tular baru-baru ini di mana satu poster badan kerajaan yang menggunakan teknologi AI memaparkan Bangunan Berkembar Petronas (KLCC) mempunyai tiga menara dan bukannya dua seperti yang sepatutnya.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet menerusi laman X miliknya meluahkan rasa hampa dan meminta badan kerajaan untuk berhenti menggunakan AI dalam rekaan poster rasmi.

“Saya menyeru badan-badan kerajaan tidak menggunakan AI untuk kerja-kerja design macam ni.

Kita ada ramai graphic designer yang berbakat. Tak best kalau sumber manusia dalam bentuk bakat ni dibazirkan,” tulisnya.

ADUN Lembah Jaya itu memberi respon selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memuat naik sebuah poster untuk acara mereka yang menggunakan grafik AI.

Dalam pada itu, netizen juga menyokong saranan ADUN Lembah Jaya itu dan berharap tiada lagi yang menggunakan AI untuk rekaan grafik.

Cats 13

Grafik AI ni nampak kekok sikit kan?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.