in

“Kita ni penat2 cari duit” – Suami Kerja Kapal Kecewa, Isteri Bertunang Dengan Lelaki Lain

Isteri Bertunang Dengan Orang Lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita dengar kisah masalah rumah tangga yang dialami oleh pasangan PJJ, yang mana suami isteri tidak tinggal sekali atau suami bekerja jauh dan hanya pulang beberapa bulan sekali.

Namun kisah kali ini yang dikongsikan oleh seorang peguam syarie melalui TikTok boleh dikatakan agak menyedihkan.


Ia berkenaan seorang suami yang merupakan pekerja ‘offshore’ meluahkan tindakan isterinya yang sudah bertunang dengan lelaki lain. Aik macam mana tu?

65142273 2458877797676498 7861620172820316160 N

Artikel berkaitan: “Dia tak nak ceraikan” – Suami Curang Dengan Pengasuh Anak Sebab Isteri Dah Berisi & Tak Jaga Badan

Artikel berkaitan: [VIDEO] “Saya nampak jubah oren luar bilik” – Lelaki Thailand Terkejut, Tangkap Isteri Curang Dengan Sami Ketika Keluar Bekerja

Masih isteri orang tapi bertunang dengan lelaki lain? 

Menerusi perbualan WhatsApp yang didedahkan peguam berkenaan, lelaki tersebut mendedahkan yang dia bekerja di atas kapal dan hanya pulang ke rumah enam bulan sekali.

Setelah penat bekerja mencari rezeki, dia kecewa dengan tindakan isteri yang bertunang dengan lelaki lain dan lebih mengejutkan, perkara ini juga diketahui oleh tunang isterinya itu yang kemudian mendesak dia untuk menceraikan isteri.

Saya pun tak tau nak kata macam mana, kita penat-penat cari duit untuk dia. Macam ni dia balas dekat kita. 

“Dia sebenarnya, boleh ke seorang isteri bertunang dengan laki lain? 

“Mereka (tunang isteri) tau, tapi mereka tak kisah. Siap suruh saya ceraikan isteri saya lagi adalah,” katanya.

@hairimustafaassociates

BIN/BINTI ABDULLAH “Kesempurnaan itu wujud ketikamana kekurangan itu disyukuri” #fypシ゚viral #baling #balingkedah #anak #sungaipetani #kualaketil #kedah #fyp #nikah #takdir #nikah #anaktaksahtaraf #trending

♬ Orang Yang Salah LUVIA BAND – CERITA CINTA

Lelaki itu memberitahu yang dia sudah berkahwin selama 12 tahun dengan isterinya dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Katanya lagi, keluarga mentua juga berpihak kepada isterinya apabila mereka menyuruh wanita itu untuk bertunang dengan lelaki tersebut.

Mereka cuma kata yang saya tak layak masuk dalam family mereka. Sebab saya… sebab saya anak tak sah taraf. 

“Mereka tak mau ketururnan dari anak tak sah taraf,” katanya lagi.

Kata lelaki itu, dia juga sudah membincangkan hal ini dengan isterinya beberapa kali dan mereka juga sudah dua kali ke kaunseling di pejabat agama.

Namun ketika di sana, isterinya tidak mengaku sudah bertunang dengan lelaki lain dan mereka tidak mendapat kata sepakat.

Kisah itu walau bagaimanapun tidak diketahui pengakhirannya dan ia mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki tersebut.

Komen

Kita doakan semoga urusan individu ini dipermudahkan. Kesian pula bila jadi macam ni. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.