in

“Kita nak bayar, bukan nak lari, cuma masih belum cukup” – Ali Puteh

Ft Ali Puteh Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh menjelaskan bahawa dia akhirnya sudah mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang kepada balu arwah Abam, iaitu Nor Hidayah sebagai tuntutan ganti rugi yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Disebabkan itu, Ali Puteh ketika ditemubual oleh wartawan Melodi baru-baru ini, ada menyatakan  bahawa dia ingin membayar wang berjumlah RM 75,000 kepada Hidayah secepat mungkin.


Artikel berkaitan : “SUDAH CUKUP” – Ali Puteh Syukur Berjaya Kumpul RM75k Buat Bayar Hutang

Artikel berkaitan : “Kau petik bini aku eh” – Ali Puteh Tawar RM500 Jika Dapat Jejak Wanita Kutuk Isteri Menangis Jual Kereta

Seperti yang kita sedia maklum, wang tersebut merupakan hasil jualan produk makanan dan barangan peribadi miliknya. Menurutnya, dia meluahkan rasa syukur kerana akhirnya wang bayaran itu cukup.

Dalam pada itu, Ali turut menepis dakwaan segelintir masyarakat yang mendakwa bahawa Ali Puteh ini cuba lari daripada membayar hutang.

“Kalau boleh saya nak selesaikan secepat mungkin sebab benda itu (duit) dah ada dalam tangan.

“Mungkin saya nak jumpa dia dalam tempoh yang terdekat dalam seminggu dua ini, jangan risau.”

“Saya memang nak bayar sebelum ini, bukannya saya lari. Cuma waktu itu wang belum mencukupi.”

@melodiberapi

HASIL MENJUAL BARANGAN PERIBADI DAN PRODUK MAKANAN, PELAKON DAN PELAWAK ALI PUTEH AKHIRNYA BERJAYA MENGUMPUL WANG TUNAI SEBANYAK RM TUJUH PULUH LIMA RIBU BAGI MEMBAYAR TUNTUTAN SAMAN YAG DIBUAT OLEH BALU ALLAHYARHAM ABAM IAITU NOOR HIDAYAH.. HUTANG MEMANG KENA BAYAR, SEMOGA URUSAN ALI DIPERMUDAHKAN.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #aliputeh #hidayah #sensasi

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Ali Puteh juga turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia dan isteri mahu meraih simpati kerana dilihat menangis ketika menjual semua barangan milik mereka itu.

“Alhamdulillah apa yang dirancang itu dipermudahkan dan saya buat ini sebab memang nak bayar hutang dia, itu sahaja.”

“Bila masyarakat mula kata saya tak ada usaha nak bayar (hutang), saya terus bincang dengan isteri saya untuk jual barangan berharga kami.”

“Mula-mula itu termenung juga sebab kami sayangkan barang-barang tersebut tetapi saya ambil dari sudut positif bahawa itu semua duniawi, kalau mati pun bukan boleh saya bawa.”

Tangisan itu bukan sebab nak meraih simpati atau nak ‘play victim’ tapi biasalah kita jual barang yang kita sayang. Walaupun sedih, terpaksalah kami menjualnya.”

Sebagai rujukan, pada 18 Februari 2022 lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah  memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan wanita itu di Instagram.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.