Waktu sekolah rendah, antara nostalgia yang membuatkan kita tersenyum bila terkenangkannya. Sudah semestinya alat muzik tiupan, recorder, tak sah kalau tak guna.
Bila dah besar, tengok generasi punya kelas muzik jadi ‘makan hati’ bila ada satu kelas daripada sekolah di Indonesia ini menggunakan gitar sebagai alat pelajaran dalam kelas muzik.
Kelas muzik di Malaysia masih lagi ajar lagu Ibu Ayam Dikejar Musang – Netizen
Video yang dimuat naik di TikTok itu viral di Twitter dan mendapat perhatian netizen di Malaysia, ramai antara mereka membuat perbandingan dengan sekolah kita.
https://www.tiktok.com/@triadinata91/video/7057412275241618715?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Dilihat murid-murid dalam kelas itu pun dapat bermain gitar dengan lancar, bukan itu sahaja, lagu-lagu yang dinyanyikan juga merupakan lagu-lagu hit.
@triadinata91 #janjiputih #triadinata #triadinata91 #fyp #fypシ #smpalazharmedan
Tidak dinafikan ramai yang kagum melihatnya, termasuklah min sekali. Di Twitter, video ini telah meraih lebih daripada 800 retweets selepas 10 jam ia dimuatnaik.
Betul tu, bila cakap pasal kelas muzik ni, sampai sekarang min teringat lagu Ais Kacang tu.
Baca : Dedikasi Minat Terhadap EXO Dalam Thesis, Pemuda Ini Raih Kelas Pertama Ijazah Sarjana