in

“Kita jumpa depan2” – Caprice Cari Lelaki Biadap Kutuk Anaknya Macam D*jjal Kecil

Cap 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap soal anak, ia menjadi sensitif kepada ibu bapa jika ada orang lain yang tidak berhati perut mengutuk serta menghina anak mereka.

Semalam, penyanyi rap juga aktivis, Caprice dikatakan sedang mencari seorang individu yang meninggalkan komen kutukan kepada anaknya yang baru lahir.


Caprice ajak settle depan-depan

Menerusi hantarannya di Instagram, Caprice memuat naik satu video beberapa bukti komen penghinaan si pelaku kepada bayi tersebut. Dia juga tidak teragak-agak meletakkan gambar wajah pelaku itu supaya orang ramai boleh membantunya mencari lelaki berkenaan.

Artikel berkaitan: Mendiang Joanna Felicia Didakwa Pernah Kena Scam, Caprice Minta Kutu Emas Pulangkan Hak Semula

Artikel berkaitan: “Salah tetap salah” – Caprice Ulas Isu Bella Astillah ‘Curang’ Dengan Pelakon Muda Untuk Buat Suami Cemburu

Salam. Bab anak is the limit. Harap you or your family members nampak video dan cari Cap esok atau lusa kita jumpa depan-depan.

Individu itu bukan sahaja memberi kata-kata kesat kepada anak Caprice malah dia turut menyamakan bayi tersebut seperti binatang serta ‘dajjal kecil’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Abang individu tu dah contact Caprice

Terbaharu, Caprice telah memaklumkan di IG story bahawa abang kepada individu berkenaan telah menghubunginya dan bersetuju untuk berjumpa dan selesaikan masalah tersebut.

Abang budak tu dah contact Caprice dan setuju untuk jumpa Caprice dan Elis (isteri) depan-depan lusa (Jumaat) atau Sabtu.

Cap 1

Mungkin individu itu mahu bergurau namun caranya sangat biadap sehingga membuatkan ramai orang berasa geram kerana ia telah menyentuh sensitiviti sebagai ibu bapa. Mereka meminta agar Caprice mencari lelaki itu sampai ke lubang cacing.

Cap 2 Cap 3 Cap 4

Sampai macam tu sekali…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.