Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa bersyukur dengan setiap aturan yang ditetapkan Allah SWT ke atas dirinya dan keluarga.
Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, Norman menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah di luar kawalan seseorang.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan aturan Allah bagi pada saya dan keluarga.
“Sekiranya kita anggap ia musibah dan ia akan terjadi musibah. Pada saya ia ibarat pusingan kehidupan yang perlu kita lalui,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Hati seorang ayah terguris” – Kecoh Isu Pasal Anak, Netizen Tinggalkan Komen Sokongan Di IG Norman Hakim
Artikel berkaitan: Anak Sulung Marissa Dania Dan Aslam Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan
Menurut suami kepada aktres Memey Suhaiza, setiap orang perlu kekal positif dan yakin dengan apa yang dilalui dalam kehidupan.
“Ada kata-kata mengatakan kalau kita diuji adalah sebab Allah sayang. Saya selalu kata begitu pada diri saya.
“Pada saya, kita yakin setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah dalam kawalan kita,” katanya lagi.
Norman dalam pada itu menegaskan bahawa apa yang terjadi di dunia realiti perlu diberikan keutamaan dan tidak perlu terlalu menghiraukan persepsi netizen di alam maya.
Terdahulu, anak perempuan Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi iaitu Marissa Dania dilaporkan kehilangan anak sulung selepas dikatakan lahir secara pramatang.
Nama Marissa mula menjadi tumpuan gara-gara pernikahannya bersama Aslam diadakan di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga dan madunya, Umisya Mazlan.
Sumber: Gempak