in

“Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini” – TS Dr Noor Hisham Bimbang Kes Boleh Cecah 5 angka

KKM3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangka Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) di Malaysia bagi pandemik COVID-19 akan berada di tahap 0.95 hingga 1.05 dalam tempoh dua minggu lagi berbanding 0.96 yang dicatatkan semalam.

Malah, kes harian juga dijangka mencatatkan kira-kira 845 hingga 1,700 jika tiada peningkatan dari segi kadar jangkitan. Katanya menerusi idang media perkembangan COVID-19 semalam, lapor Astro Awani.


 

Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini untuk melihat perkembangan kes harian. Kalau kes lebih kurang sebagaimana yang kita jangkakan, kita boleh hidupkan ekonomi kita, tapi kalau kes bertambah kita akan fikir dan gunakan strategi yang lain.”

Beliau juga bimbang kalau Rt meningkat kepada 1.5, ada kemungkinan kes harian mencecah 6,500.

Manakala jika Rt meningkat kepada 2.2 seperti permulaan gelombang ketiga, mungkin kes akan mencecah lima angka”

Disebabkan itu, biarpun kerajaan memberikan kelonggaran untuk merentas negeri dan daerah, beliau menasihati semua pihak agar tidak terdedah dengan kes positif bagi mengelak dijangkiti virus itu.

Tambah beliau, KKM telah mengenal pasti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa negeri seperti di kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai persediaan menghadapi pertambahan kes positif daripada Kategori 1 dan 2.

Ia merupakan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan berikutan perluasan saringan ke atas pekerja khususnya pekerja asing di kilang serta tapak binaan.

“Sekiranya ada pertambahan kes positif di kategori 1 dan 2, kita akan tempatkan di PKRC manakala kategori 3, 4, dan 5 pula kita percaya hospital-hospital kita masih boleh menampung jumlah pesakit.” katanya.

Dr Noor Hisham juga menepis dakwaan laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendakwa vaksin dari China tidak berkesan untuk merawat COVID-19.

 

Baca : “Vaksin dari China tidak selamat, tidak benar langsung” – KKM

vaksin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.